Tuesday, December 7, 2010

Walimatul Urus


Teringin meraikan cinta kami? Teringin makan masakan berminyak dan manisan2 yang kandungan kalorinya terkawal?

Jangan malu dan jangan segan, hantarkan email kepada alirico012@gmail.com untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Raikan cinta kami dengan cinta kalian..sempurnakan majlis kami dengan rahmat dan keberkatan tuan puan..Semoga ikatan ini disebarkan, agar kisah cinta ini digurindamkan..agar kasih ini dipanjang panjangkan..agar rindu ini dibajai dengan restu dan doa kalian..

Aku..Dia..Kami..Kita..Mereka..Percayalah semuanya berkohesi diantara setiap satunya.





Monday, August 23, 2010

Makna Bacaan Tahiyat Awal & Akhir

“Ya Allah, segala penghormatan, keberkahan, sholawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah,- Wahai Nabi selamat sejahatera semoga tercurah kepada Engkau wahai Nabi Muhamma, – semoga juga Rahmat Allah dan Berkah-Nya pun tercurah kepadamu wahai Nabii,- Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba-Mu yang sholeh. – Ya Allah aku bersumpah dan berjanji bahwa tiada ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau ya Allah, dan aku bersumpah dan berjanji sesungguhnya Nabi Muhammad adalah utusan-Mu Ya Allah. – Ya Allah, limpahkan shalawat-Mu kepada Nabi Muhammad dan limpahkan juga shalawat kepada keluarga Nabi Muhammad”

“…sebagaimana Engkau telah limpahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, dan berkatilah Ya Allah Nabi Muhammad dan berkatilah juga keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Wednesday, August 18, 2010

Alam Nasyrah ( Melapangkan )


Bukankah kami telah melapangkn untukmu dadamu?
dan kami telah menghilangkn daripadamu bebanmu,
yg memberatkn punggungmu.
dan kami tinggikn bagimu sebutanmu.
Kerna sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh2 urusan yg lain.
dan hanya kpd tuhanmulah hendaknya kamu berharap

Tuesday, August 17, 2010

Az Zalzalah ( kegoncangan)

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yg dasyat,

dan bumi telah mengeluarkan beban2 berat yg dikandunginya,

dan manusia bertanya "Mengapa bumi jadi begini?"

Pada hari itu bumi menceritakn beritanya,

kerana sesungguhnya tuhanmu telah memerintahkn kepadanya.

Pada hari itu manusia keluar dari kubur dlm keadaan yg bermcm2, supaya diperlihatkn kpd mereka pekerjaan mereka.Barang siapa yg mengerjakn kebaikan seberat zarrahpun, niscaya dia akn melihat balasannya dan barangsiapa yg mengerjakn kejahatan seberat zarrahpun, niscaya dia akan melihat balasannya pula

Monday, August 16, 2010

Al- Falaq ( Waktu Subuh )

Katakanlah "aku berlindung kepada tuhan yang mengusai subuh,

dari kejahatan makhluknya,

dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,

dan dari kejahatan wanita2 tukang sihir yang menghembus pada buhul2

dan dari kejahatan org yang dengki apabila ia dengki"

Sunday, August 15, 2010

Al Humazah ( pengumpat )


Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,

Yang mengumpulkan harta dan menghitung2nya.

dia mengira bahwa hartanya itu dpt mengekalkannya,

sesekali tidak! sesungguhnya dia benar2 akan dilemparkan ke dlm Huthamah.

Dan tahukah kamu apa Huthamah?

Api Allah yg dinyalakan yg membakar sampai ke hati.

Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,

sedang mereka itu diikat pd tiang2 yg panjang


Friday, August 13, 2010

Saturday, August 7, 2010

Cow dan aku..





Monday, July 12, 2010

Ringtone Bangun for my baby


baby, im out of country for a week and mybe got very limited access to the net.However, we both know we gonna missing each others like crazy. I i can't sing for you when u bored even for myself when im in crazy mode. So this song for your bangun ringtone( i believe u not gonna use it) but please wake up early baby. No more red attendance, no more emergency leave and no more annual leave.Save it for our honeymoon kay

See u in a week, insyaAllah im bringing something for you from Old blighty country
Love u much!! mmmuahh


Saturday, July 10, 2010

Dengarlah



Teringat Lagu yang my dad nyanyi for hari keluarga PPD segamat.
This is Once in a life time seeing my dad singing in front of the people even we know he used to have a band before he get married with my mom. I also still remembered my dad broke his lovely guitar ( with some reason) before he flown to Manila while he was on preparation to perform "one way ticket" song to the delegation.It was sad day but life must goes on.

Then our house emptied without guitar almost 3-4 year until my bro bought his own when i was in standard 6. I don't really know how to play but im learning by myself for a couple of year. I learn and play using my bro guitar until my dad bought me one for my 17 birthday.

Now i got my own guitar but i don't know why on earth i still can't play well..huh..mybe tangan tak bedung kot..hehehe..habis cerita


Monday, June 21, 2010

Runtuhnya suraloka


bererot-rerotlah jentolak ..
berperisai linggis dan alabangka..
menebak, menarah dan menobak..
melengking jeritan hingga ke langit ..
meruntok tembok sejarah..
yang kian meraka umpama kuman..
hingga rebah menyembah..

Meresek-reseklah lengkiak melarikan diri..
bersekalah si lengkitang menahan sebak..
Bergunjingan si kadok mencerca memaki..
meresanlah sang lembok, berkerama sang kelembak..
namun tiada yang peduli..

manusia ini sudah tiada jiwa..
manusia ini sudah tiada hati..
manusia ini sudah kelabu mata..
manusia ini bukan lagi manusia
sudahlah..

kata ini lahir bukan dari pestaka sakti..
Hanya warkatuliklas di dalam diri..

Rumah pasong Pudu ( Pudu Goal) in memory (1891/1895 - 2010)


Friday, June 18, 2010

Iringi aku


iringi aku..
bergusti dengan sang angin..
berpencak dengan sang awan..
bergelut dengan detikan masa..
menuju ke lembah yang dalam..menuba impian songsang..

dan kemudiannya...

iringi aku..
berpesta dengan sang suria..
bersiul dengan sang bayu..
bercanda dengan sang duyung..
menuju ke surga loka..mencipta impian nyata

Sudah tentu akan adanya liku-liku kecil yang akan dihadapi..
Sudah tentu akan adanya ombak-ombak kecil yang perlu diharungi..
Percayalah tiap langkah yang ku pilih hari ini sudah kusiapkan jejak esoknya..
kerana ku pasti..inilah denainya..

Denai-denai ini menuju bahagia..

Namun mahukah kau iringi aku?


Wednesday, June 16, 2010

Bergumpal

Bergumpal dan bergumpal dan bergumpal..
Retak kaca, pecah kepala hancur badan angkara siapa..
berdodoi anak di dukungan, melihat saudara mati di jalanan..
bertempik berdemo umpama pahlawan..sedangkan MCDONALD tetap di tangan..

Bergumpal dan bergumpal dan bergumpal..
busuk kaki, busuk ketiak busuk lagi hati sang bangang
Marahkan si bangang hendak di perang, melihat jiran mati tak makan
berantak berpencak umpama pahlawan..sedangkan STARBUCK tetap di tangan..

Bergumpal dan bergumpal dan bergumpal..
Ini semua kerja gila

Bergumpal dan bergumpal dan bergumpal..
Ini gila punya kerja

xusah bertempik..xusah berdemo..xusah marah
Jika tanah kaki berpijak masih bermandi darah

sekain

Wednesday, June 2, 2010

A WALK TO REMEMBER


EXT. NEUSE RIVER - THAT AFTERNOON
Landon walks alone. His hair and clothing tousled by a steady gentle wind.

ADULT LANDON (V.O.)
She made me a believer. In love.In life. In the journey that never ends...
Landon stops. Faces the wind. Lets the air swirl over him.

ADULT LANDON (V.O.)
... And in the mystery of all things you can't see but feel everywhere around you...
He closes his eyes. She's there...

THE END

A WALK TO REMEMBER
Screenplay by Karen Janszen
Based on the novel by Nicholas Sparks
- Mail me if you need a script copy -

Tuesday, June 1, 2010

Cuba


Kosong........
Jari jemari ini cuba menitip abjab2 yang belum kenal erti kata...
Cuba berkisah dan berdongeng denganya,
Mengikut rentak hati ,berdendang dengan semilir angin
Namun,
........................................................................
Aku gagal...

Kerna apa?
Aku hanyalah penulis emosi yang cuba beremosi..
Berhati-hatilah dengan kalimah cuba, ianya cukup utk melambangkan segalanya

Lalu kunamakan karya ini cuba..
Tidakkah kau lihat aku sedang mencuba?

I DO vs I TRY

sekain...

Monday, May 31, 2010

The People That We Love



Happy Wedding Day!!
Hazaril Firdaus & Zamnorashikin

Sunday, April 25, 2010

Keputusan terkini - sumber utusan.com 08:10 pm



Update 08:18:- Utusan Online:
Keputusan tak rasmi PRK Hulu Selangor:
Calon BN, P. Kamalanathan menang selepas mendapat 24669 undi berbanding calon PKR, Zaid Ibrahim yang mendapat 22986 undi. Majoriti sebanyak 1683 - Utusan

Doakan kejayaan Pakatan Rakyat

Perubahan kuasa di Malaysia itu penting..kerana kita perlukan kelainan dalam pentadbiran negara dan meransang persaingan sesama parti dalam menjaga kebajikan rakyat.

Kita perlu merelakan UMNO dan Barisan Nasional melepaskan tanggungjawab menjadi parti kerajaan utk memberi ruang kepada parti itu utk berubah.Ketamakan,ketirisan,penyalahgunaan kuasa dan harta rakyat akan menjadi liabiliti dan bukan lagi menjadi kelebihan kepada pemimpin.

Kenapa perlu takut pada perubahan?
Adakah perubahan itu mungkin membinasakan kepentingan peribadi?

Doakan kejayaan Pakatan Rakyat.

Monday, April 19, 2010

Mencari Nazurah yang Nasira

PRK - adalah pesta perniagaan
PRK - adalah pesta pertemuan
PRK - adalah pesta pertempuran
PRK - adalah pesta perdebatan
PRK - adalah pesta percintaan

Dalam pencarian nageena yang satu, pasti terpilih deraian kaca..Dengan niyaz yang kudus,Semoga si nafiz yang adil akan sentiasa nidal dalam perjuangannya

Namun ramai yang memilih utk menambah dosa.Tahniah..

Your life..your choice

Saturday, February 6, 2010

Soalan :- Antara yang mempertahankan dan yang memburu kuasa, siapa lebih layak digelar gila kuasa?

Sila abaikan soalan di atas..
Soalan tersembunyi:- Siapa tahu apartment yang boleh disewa di penang area batu feringgi atau tanjung bungah yang boleh muat utk 3 family?
Budget less 1K per day.

sekain, harap maklong

Wednesday, January 27, 2010

Ini kembar saya

Monday, January 25, 2010

Rahsia besar yang telah terbongkar!!

High Defination preview



Normal Preview

Monday, January 4, 2010

Mencari penghormatan Janganlah sampai terkorban



Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi

Friday, January 1, 2010

Pengalaman atau kenangan?


Sudah lama aku tidak menulis..untuk memulakan sudah menjadi begitu asing untuk aku..hanya noktah yang menjadi buruan, hanya koma yang menjadi tirai pemisah penghela nafas.Perjalanan masih lagi diteruskan..likuan dan lencongan masih lagi menjadi tanda arah.Namun ianya adalah kiblat arah perjalanan, yang wajib aku tempuhi hingga ke akhir garisan

Sorotan demi sorotan, rentetan demi rentetan, ranting demi ranting aku berpijak..menyelusuri denai2 dan lorong yang mungkin ianya ditakdirkan laluan utama utk kesana..mungkin aku hanya perlu terbang..melihat dari kaca mata burung, mendengar dengan arus angin dan berkata2 dengan paruh yang tajam.

..........................................................
aku hilang kata2..sukarnya utk bermula..namun permulaan agak lama aku tinggalkan..namun pertengahan masih lagi belum kunjung tiba..InsyaAllah 2010 adalah harapan.

Apakah bezanya pengalaman atau kenangan?
Just like farah sukarman answer :- kenangan can be forgotten.. but life experience is priceless.

How about yours?