Wednesday, September 3, 2008

Menghisab di kaki gunung..menghitung dibalik makna..

Menghisab bukan bidang kegemaran aku..malah aku lemah dan ketot dalam ilmunya.Namun aku tersentak bila angka 100% menjadi tagihan.Aku sedar 100% adalah angka yang boleh dihisab namun bagaimana?

Demikianlah tashawwur yang terbentuk dalam benak sekalian alam, sifat 100% adalah kemuncak segala2..100% adalah matlamatnya..100% juga yang ditagih dan dituntut dalam setiap perkara.Malah ianya dijadikan pengukur harkat kesungguhan dan menjadi neraca timbangan dalam penghukuman..Ahh..telah aku jelaskan, aku tahu 100% sifatnya angka yang boleh dikira tapi persoalan tunjangnya bagaimana??

Aku lebih rela menjadi ibu bapa yang menuntut anaknya mendapat 100% di dalam periksa dari menjadi anak yang terpaksa bergelumang memenuhi semuanya.Persoalan si anak adakah 100% itu matlamatnya..adakah kesempurnaan itu menjadi harkat dan darjah dalam mengukur kesungguhannya.Adakah konsep itqan itu terletak pada angkanya.Bagaimana mereka menghisab darjah kesungguhan aku.Adakah semua terletak dgn nilai 100%??Tidakkah mereka sedar kesempurnaan itu milik sang pengcipta..Sedangkan kita hambanya yang lemah hanya mampu berusaha dan segalanya mungkin dgn keizinannya..

Namun manusia sendiri sifatnya lalai, jauh sekali bersifat maksum dalam perlakuannya.Secara ironinya, sebaik-baik manusia ialah mereka yang mempelajari kesilapan dan tidak mengulanginya dan bersama-sama menasihati antara satunya.Tapi mereka tetap berdegil.Kau tak paham hukum dunia..Kau hanya pandai bertempik dan sebenarnya kau tak layak bersuara.Kau pon sama seperti kami..Selagi kau tidak mencapai 100% jgn sesekali menasihati kami..Kau tak layak!!!...dan beberapa bebelan padu yang berkumandang mengetuk gegendang dan menggegarkan tulang2 osikel..pedulikkan..

Kembali ke angka 100%. Angka yang merujuk kepada kesempurnaan.Angka yang dituntut dan ditagih dalam setiap perbuatan.Apa yang bersamaan dgn 100% dalam kehidupan?bagaimana hendak mencapainya dan bolehkan kita melebihinya walaupun dgn nilai 101%.

Jika
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
diwakili dgn angka
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

maka

H-A-R-D-W-O-R-K
8+1+18+4+2+3+15+18+11 = 98%

K-N-O-W-L-E-D-G-E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + & + % = 96%

A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Walaupun amat dangkal hujahnya namun aku berjaya menghisab kesempurnaan.Dgn ilmu dan kerja keras ternyata kita hanya mampu mendekati angka kesempurnaan namun tanpa sikap kita takkan mencapainya. Namun hanya satu cara utk mengatasi kesempurnaan itu hanya dgn ..

L-O-V-E-O-F-G-O-D
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%

...Aku kurang pandai menghisab tapi amat bijak menghisap...

Sekain..

8 comments:

man_helang said...

bro...btul ke 100% titik kepada kesempurnaan? bkn 200% atau 300% tak pun infiniti...mampukah kita mencapainya...arghhh...hati aku pun dah nak rawan cam si hanis plaks...

Mogen Ali Rico said...

Pada aku tidak..100% hanyalah angka dan langsung tidak boleh dijadikan sebagai ukuran kesungguhan.

Hanis rawan kerana mengejar angka kot??heheh hampunkan aku niss..aku tak niat ape2..lalallala

Anonymous said...

mogen...
sesungguhnya ko bijak dalam memanipulasi tiap bait perchattingan kita...

Mogen Ali Rico said...

erkk..aku takde idea smlm..

Unfiltered-Madness said...

Kena baca berkali2 baru faham...

Mogen Ali Rico said...

hikk hikk hikk..citer pasal ilmu hisab jer

Anonymous said...

hanya jauhari yang mengenal manikam

sekian ~

Wardrobe kita said...

huh, sukar untuk difahami..tgk nombor baru aku faham..

hai, salam ramadhan..