( Kisah ciplak hasil nukilan org lain.harap die xsaman aku)
Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.
Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku. “
Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)
Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “
Salleh : “Errr? Permainan apa? “
Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “
Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “
Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “
Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “
Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “
Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )
Hari ke 2 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.
Hari ke 3 :
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.
Hari ke 7 :
Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.
Hari ke 25 :
Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.
Hari ke 41 :
Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.
Hari ke 67 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.
Hari ke 72 :
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.
P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…
Hari ke 84 :
Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.
P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…
Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.
1520hrs
Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “
Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak minum apa? “
Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “
Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.
1530hrs
Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.
Salleh : ” Ada apa Cik? “
Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “
Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.
2353hrs
Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “
Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.
Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.
Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.
Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.
Meet me here!!
Wednesday, October 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
bukan senang nak jumpa org yg menyukai kita dan kita suka kat org tu kan...
cinta sebab hanya nak bercinta saja memang banyak tapi tak akan tahan lama.
kenapa org nak bercinta?
jika niat awal tu yg betul... rasanya akan tahan lama..
opss.. dah melalut pulak
Sometimes it happens that way but sometimes not..Tuhan jer yang tahu segalanya..Kita hanya mampu berusaha dan berusaha..Bukankah Cinta itu satu anugerah..bila-bila masa ianya akan ditarik atas ketentuannya.
Amat setuju bila bercinta tanpa target..tanpa impian..tanpa usaha..ianya takkan bertahan lama..Tu yang org cakap cinta tukar baju..bercinta hanya utk perhiasan bila jumpa perhiasan yang lagi cantik akan diganti..kalau cinta datangnya dari hati..namun jika hati sering disakiti..hati sering dilukai..bukankah kesudahannya akan ttp sama.
Sdr.
Cinta 100 hari hanya rekaan saudara. Tetapi tahukah anda rasa, menikmati dan menderitai cinta sebenar?
Gejala cinta sebenar, sekiranya anda berjauhan walau pun lima minit anda akan gelisah. Kalau si dia acuh tak acuh terhadap anda, anda akan cemburu. Kalau sehari anda tidak mendengar suaranya anda akan sunyi. Kalau si dia tidak senyum anda akan susah hati.Jika anda gagal memenuhi hajatnya anda akan derita. Sindiran bergurau pun anda rasa tercabar.
raikan cinta....
tanpa cintanya kita tiada
cinta sejati walau hanya 100 hari..sguh pilu hati salleh bila ditingglkn olh saleha..cintanya baru mula bputik telah musnah ditengah jalan..adakah ini lumrah bercinta?kenapa dan mgapa!! bagaimn prasaan salleha jika salleh yg pergi?? adakah sama seperti salleh..lu pikir la sndiri..smoga aku jmpe kkasih ati sprti salleh.
suka tgk mountdweller kumen.nak copy paste tau.jgn marah
Kalau sehari anda tidak mendengar suaranya anda akan sunyi. Kalau si dia tidak senyum anda akan susah hati.Jika anda gagal memenuhi hajatnya anda akan derita. Sindiran bergurau pun anda rasa tercabar.
bro. cerita sedih nie.....waaaa
Apa yang boleh dikata, jodoh cuma 100 hari je.
Aku kalau bab cinta ni.. speechless.
macam penah ku baca ini.... tapi di mana ya??
ala nis, mestilah ditempat yg mogen copy sebelum di paste kat sini.
...Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan...<---pandai pulak dia pakai ayat "derk" tu..mcm x kena..haha...
adat manusia..ada x dihargai..da lepas baru nk menyesal,nk dikenang..
saudara mountweller,
Bersetuju pada gejala cinta sebenar..namun jika tidak dikawal..perasaan cemburu berlebihan, syak wasangka dan mcm2 lah akan terjadi..akhirnya kerana terlalu cinta yg tidak dapat dikawal..dalam tidak sedar kita akan membunuhnya dgn perlakuan kita sendiri
Tuan kulub sakah..
Alamak tuan..terima kasih sebab sudi singgah ke blog semut..
Coffee & sugar
suka tgk komen qaseh.
"adat manusia..ada x dihargai..da lepas baru nk menyesal,nk dikenang.."
bro hafiz..
Aku tak pandai nak karang kisah sedih2 nie..so aku copy and paste jerlah..heheh
uji rashid..
Takper uji..hari bahagia ko pon dah nak tiba..bungkuskan nasik minyak hantar ke bahrain..aku tak kire!!!!
nis..
hikk hikk..ko taip jer cinta 100 hari kat lebai google tue..belambak kuar..hihihihi
qaseh..
Waaa suka ayat last ko tue!!!tak mampu aku nak buat "derk"..lalalalal
apsal la danga bay
xde tempat lain ke
angsana ke
anjung warisan ke
Assalamualaikum anakku,
Banyak Mak Cik yang tua ini belajar dari cerita rekaan kamu yang sedih ini.
Mungkin Mak Cik pun telah 'terlupa' apa dia itu Cinta yang sebenarnya dan kena juga diingati kerana kita insan yang lemah dan suka ambil 'things for granted".
Cinta seorang suri pada suami yang telah hidup bersama 30 tahun contohnya..segala macam rutin harian yang mesti dilaksanakan.
Siapkan sarapan suami, hadap dia makan minum, temankan dia berjalan-jalan..tahun demi tahun kita mula lupa semuanya adalah kerana cinta kita pada dia satu waktu dulu.
Cinta berubah dengan keadaan diri kita masing masing. Tapi cinta juga perlu dipertahankan, perlukan simbahan air dan baja serta cahaya matahari supaya hidup subur terus.
Bila kita lihat orang muda bercinta, kita rasa seolah satu tayangan ulangan yang memainkan episode lama kembali dalam ingatan dan memori.
Semestinya kita semua berSyukur kerana dianugerahkan cinta dalam jiwa dan tidak sebaliknya.
WaAllahuAlam.
husbi..
angsana bayak jebeng laa
Ibu..
Alangkah bertuahnya dapat seorang isteri yang taat..Alangkah nikmatnya mempunyai isteri yang tidak menyamakan darjat kedudukannya..Alangkah damainya dapat isteri yang mendengar kata..Alangkah gembiranya mendapat isteri yang mendengar nasehat.Bukan mahu merendahkan martabat..namun suami ttp suami..isteri tetap isteri..jgn kerana ketinggian ilmu..mahu disamakan semuanya..ingin disama tarafkan segalanya..Terima kasih ibu..saya sentiasa bersyukur dgn cinta yang dianugerahkan dan akan sentiasa berusaha utk meraihnya cintanya.
Isk...iskk..sedis. Kalo tak kerana 100 hari bersama Salleh, mungkin juga Salleha telah 'pergi' pada hari pertama tu...Hurm, semuanyew berlaku bersebab..Tuhan beri kita pilihan...salah satunya CINTA, perkara yg paling kita perlukan dalam hidup selain dari keindahan bertemu-Nya. Dia masih mahu kita mengecapi kegembiraan biarpun di saat-saat terakhir.. Hargailah dan hayatilah saat-saat yang bakal dikecapi bersama-sama anugerah itu. Mungkin kita, atau mungkin dia yg harus pergi dahulu... Sesal kemudian tak berguna..(acehceh..kuar dah..!)
wow.... bleh tahan cerite nie,
cume apsal name die salleh dan salleha???
;-0
Post a Comment