Rentetan post "Kohesi antara Aku ,Dia ,Kami,Kita dan Mereka"..Ada kisah yang boleh dijadikan pedoman..
Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM 100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahaim. Semua peserta mengangkat tangan.
"Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya buat sesuatu dulu," Prof. Ibarahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?" Hampir semua pelajar mengangkat tangan.
Prof. Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir."Okey, apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkannya ke lantai lalu ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof. Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.
"Haa... apa yang boleh kita kutip saripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim. Pesertanya hanya diam, dan sesetengah hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba dijelaskan oleh profesor itu.
"Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tahu kenapa? kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak atau ditenyeh dengan kasut. "RM100 tetap RM100 walaupun sepuluh kali dipijak," kata Prof. Ibrahim.
Semua peserta yang mendengar kata-katanya tersenyum. Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan harian. Seringkali di dalam hidup, setiap orang akan merasai saat kejatuhan, hati hancur ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa bahawa diri kita tidak berguna langsung.
"Tapi walau apa pun yang telah terjadi atau yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor,renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang anda sayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita?" jelas Prof. Ibrahim.
Secara ironinya, dalam membentuk satu komuniti yang bersimbiosis diantara satu sama lain perlu ditekankan bagaimana keyakinan setiap individu dapat dipertingkatkan dan hasil penyumbangan peranan setiap individu dimaksimumkan.
Percayalah setiap insan mampu mengubah dunia..Tiada genre yang terbatas..tiada sekatan dan tiada sempadan.Yakinlah diri..teguhkan hati..persetankan segala ilusi..semoga semuanya terbukti..aper yang tersirat dan terpendam di lubuk hati..
Bangkit dan terus bangkit..Lawan dan terus lawan...
Selamatkan diri..Selamatkan Semua..Selamatlah Dunia!!
Meet me here!!
Friday, October 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
diri terdiri, diri terperi, diri hakiki?
yang mana kita?
Mir,mintak izin copy n paste this story...aku suka kumpul citer2 mcm ni..jadikan pengajaran..
Duit,walau renyuk mcm mana sekali pun org akan hargai sbb terang2 tertulis nilainya 100...tapi kalau duit tu 10sen n berkarat?ada ke org akan pandang? x jugak kan?
Salam wak..
Dimanakah kita sebenarnya di sisinya?
Qaseh..
Boleh..nak kasik print pon boleh..bak kate ieja..kalo nak ngapal kasik rendam dalam air pastue minum..kalo ikut ckap aku..tulis kecik2 pastu jadikan toyol..confirm leh pass exam.
nilai duet kan subjective..ada yang ckp 100 tu bayak..ade yang ckp 100 tue sikit..bergantung pada penilaian masing2.aku yakin walau 5 sen yang berkarat..tetap org akan pandang
Assalamualaikum anakku,
Mak Cik doakan kamu akan Selamat Kembali bercuti di tanah air tidak lama lagi InsyaAllah. Hilang juga rindu nanti, InsyaAllah.
Pasal Harga Diri ini bagi Mak Cik kejujuran adalah yang paling mustahak. Jujur pada diri sendiri. We know who we are. Kita mungkin boleh tipu semua orang tapi mustahil boleh tipu diri kita sendiri dan tuhan.
Terasa diriku lebih berharga
salam mogen...
Selamat kembali ke tanahair...
saudara 'mogen ali rico' yang saya kasehi :)
terima kasih saudara.
akan sampai suatu waktu dan keadaan didalam hidup kita nanti apabila kita mulai menyedari bahawa; apabila kita yakin, sebenarnya tiada nilai apa pada kertas itu.
soalan:
apa yang boleh ditukar nilai (trade in) kepada wang kertas itu?
salam hormat,
zul rahman
p/s- maaf jika soalan aku ini bisa memeningkan kepala hotak kamu, :D terus habiskan assignment kamu, sorry ya..hehe
Assallamualaikum
Mami Snow selalu katakan pada Snow, kalo apa apa pun yang kita timpa, hanyalah dengan Syukran yeah Rico.. Ingat itu.. Selamat kembali ke tanah air tercinta.
Wassallam
tanx banyak betul pelajaran yang aku dapat........
peh nilainya besar sesangat......huh
;b
aku pham cerita yg ko nak sampaikan...
tapi bile aku baca jek tulisan yang warna merah tu... teros aku weng... huhu~ sadis..!
salam ibu..
Saya tidak akan sekali menipu diri sendiri lagi..tu janji saya..tipu org pon taknakkk!!
Tipu dgn tak bagi tahu tu kire sama tak?
captain..
Yeahh..hargai diri sendiri dan secara tak langsung kita akan menghargai org laen
saudara kulatlapok
Terima kasih daun keladi..bleh buat reunion semua blogger nie
saudara zul rahman..
Salam saudara..
Saudara punyer tulisan amat dalam maksudnya..Kita yang menilai segalanya walaupun sampah sekalipun.Ianya tetap bernilai
Princess snow,
syukran syukran..semoga semuanya akan kembali seperti sediakala..
Salam pendekar..
Sama2 kita cungkil dan gali aper yang tersirat dan tersurat..
hanis..
tulisan merah tu mmg dikhaskan utk mengwengkan kepala..so pasni jaga2..makan ubat dulu sebelum baca tulisan merah.lalalla
Post a Comment