Monday, October 13, 2008

Pucuk dan Akar

Bismillahirrahmanirahim...

Hitung hitung si pitung..kira kira si kura..
Detik denyut..napas sesak..menunggu masa..
Sabar aku ..sabar dia ..sabar semuanya
Demi masa yang dinanti..demi masa yang dikira

Pusing kepala..kedepan kebelakang..kiri dan kanan..
Pandang ke belakang tiada guna..pandang ke depan tiadalah nampak..
Sinar terang, gelap, samar, tiada ceria...
Ada lubang terbit cahaya..ada lorong pembuka cerita..
Sesat aku..pulang ke pangkal..pangkal tiada menuju ke pucuk,
Pucuk muda namun gembira..
Akar lama tapi derita..
Walau pucuknya lembut tapi mengikut kata..
Dari pangkal akarnya keras tapi degil tak terkata.

Ada tangis di pucuk..ada dendam di akar
Ada cahaya di pucuk..ada gelap di akar

Tinggi gunung bukan di akar..tinggi gunung kerana pucuk..
Hidup pokok kerana akar..tanpa pucuk tiada udara..
Tiada udara tiadalah dunia..tiada dunia tiadalah cinta..
Gahnya akar kerana tunjang..senyumnya pucuk kerana sayang
Hebatnya akar kerana kuat..hebatnya pucuk kerana taat.

Hitung hitung si pitung..kira kira si kura..
detik denyut..napas sesak..menunggu masa..
Sabar aku ..sabar dia ..sabar semuanya
demi masa yang dinanti..demi masa yang dikira

Bunga mekar..kembang mewangi..inspirasi pagi..
Bayu gunung..wangi tanah..kicau burung..nyaman mentari..
Dikaki gunung aku berjanji..berjumpa dan bersaksi..
Perjanjian baru terpatri, janji baru bersakti..

8 comments:

Qaseh.Darwisy said...

Pucuk dan akar...

Bagus andai tahu buat pilihan...

Namun,antara pucuk dan akar sama pentingnya..
Pilihan masih lagi belum dibuat sampai saat pucuk dan akar sama2 mati...

(komen berdasarkan situasi aku...)

Mogen Ali Rico said...

bukan andai tahu buat pilihan ninie..mesti kene buat pilihan..walupun pahit tetap perlu ditelan.jia yio!!!!!! jia yio!!!

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Pucuk dan akar masing masing bergantung antara satu dengan lain untuk terus survive.

Masa memang akan terus berlalu...sabarlah senjata melewatinya. Pepatah Arab mengatakan Masa itu macam pisau..kalau tak betul gunakan, akan melukakan kita.

Berjanji biar di mana, mesti ditepati...lidah tak bertulang kata mereka. Tapi kalau betul betul bertulang susah pulak kita!!

mountdweller said...

Saya dapat rasakan kegelisahan saudara. Sungguh menyesakkan nafas dan menyeksakan batin.

Sdr, Akar, batang, tujang dan pucuk memang sama memerlukan untuk melahirkan satu ciptaan Allah yang dinamakan pokok. Akan tetapi pilihannya hendaklah yang terbaik. Pucuk yang lembut melintuk dan taat adalah lebih baik dari akar yang keras dan degil yang tak terkata. Mahukah sdr. menanggung beban yang tidak terpikul?

Tepuklah dada, tanyalah selera!

Istikharah adalah jalan yang terbaik.

~ujicham~ said...

oo.. ni problem ko ke.. igt ko tulis lagu.

Mogen Ali Rico said...

Salam Ibu,
Bila berjanji mesti ditepati..jika dimungkiri kerana bersebab..bagaimana agaknya..adakah tuhan akan menerimanya?

Saudara mountdweller,
Ramai yang anggap, Istikharah hadir di dalam mimpi..Namun bagi saya ia hadir memberi kekuatan dalam membuat keputusan..ilham yang datang tanpa halangan..memberi kekuatan dalam keputusan..

Bila ianya datang dari ilhamnya..ia benar2 takdir tuhan..

uji rashid..
aku nak nyanyi lagu selamat penganten baru leh???hik hik hikk..

mountdweller said...

Salam buat Sdr.

Memang tidak semesti dalam mimpi. Tetapi rahmat Allah akan datang dengan perbangai cara. Kekuatan,ilham, Rasa, kemahuan dan besbagai bentuk.

Di akhirnya kita tadak akan kecewa.

Mogen Ali Rico said...

Salam mountdweller,

Adakah manusia dikira kejam walaupun semuanya telah ditakdir tuhan..Bukan ingin meyalahkan takdir..namun segala usaha telah dilakukan..hingga sampai di satu tahap..lekuk keris dianggap lurus..tinggi gunung dipandang rata.Bila semua hijab telah terbuka, patutkan diberi peluang ke-2?