Saturday, October 11, 2008

Sang panas!!!

Dalam jerit panas mentari mengketuharkan bumi..
tiada dingin angin..tiada sejuk hati..
Baju nipis hingga ke tulang..seluar terbakar.. butang melayang..
Gersang bumi ..gersang hati..gersang budi..tiada sayang

Kulit nipis..hidung mancung..konspirasi naga
tiga kepala tiada sepakat..tiada masa utk tenaga
berperang..bertumbuk dan juga berbahasa
Namun semuanya tiada guna jika akal tiada..
bukan kerana tiada otak ..cuma tidak berfikir di luar kotak..
bukan kerana tiada fikir.. cuma bersujud pada ego dan bongkak

Panas bumi..panas hati..panas diri..bediri di tingkap.
Aib bumi kau bukak..rahsia langit kau singkap..

Angin panas dari bukit.. dari gunung.. dari taman,
Petelingkahan alam..konflik diri..konflik otak..tiada persefahaman..
menyesal, pengampunan yang tiada kejanggalan..
Pura pura hujan..konon sesalan di hujung jalan,
gagap-gagap sang gagak..disangka pungguk rindukan bulan..
adaptasi yang gagal..yang lagi menggagalkan..

Deru angin yang bertiup buatku semakin panas..
Hujan yang basah buatku semakin panas..
sumbat aku ke dalam kotak..campakkan aku ke pasar lambak
kotak kotak..aku bukan mat ezam si kotak..
lambak lambak..aku tak ada "AP" melambak..

Panas bumi..panas hati..panas diri..bediri di tingkap.
Aib bumi kau bukak..rahsia langit kau singkap..

Aib bumi kau bukak..rahsia langit kau singkap..
Kau mahu jadikan penyebab..ternyata kau silap..

Panas2 ubi..panas lagi hati..xboleh tahan..

12 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Selamat Hari Raya lagi sekali dan Mak Cik mohon maaf tidak dapat tunaikan permintaan kamu untuk gambar gambar berRaya tahun ini sebab tahun ini Raya Mak Cik sederhana sangat.

Tak tahu mengapa. "Open House" pun Mak Cik tak buat, hanya menerima sesiapa sahaja yang singgah beraya.

Pasal Kepanasan bumi dalam blog kamu ini, Mak Cik teringat bila berada di Abu Dhabi, Dubai, Mecca, Madinah, Jordan dan Mesir betapa memang Allah swt jadikan bumi bumi ini PANAS.

SubhanaAllah, itulah ciptaannya Maha Agong dan betapa begitu ramai insan insan Mulia yang dimulai dengan baginda Rasulullah saw dan seterusnya....lahir dari bumi yang panas sebegini..

WaAllahuAlam.

Kapten Luffy said...

apasal marah2 ni? awek buat hal ker?

Unknown said...

Dari hikayat purba, bila 3 kepala naga bertempur apa akan jadi pada bumi? itulah bahangnya yang tuan rasai sekarang!

Aapakah mereka tidak berotak? Ada... tetapi otak bersaksikan lutut.

Anonymous said...

apabila kite merasa panas, makan lah SUSHI agar perasaan sejuk itu datang dalam diri kite lalu menghilangkan perasaan panas itu secara serta merta...

Mogen Ali Rico said...

wlsm Ibu,
Cuaca bumi biarpun panas tapi kalau hati panas..duduk dalam peti sejuk pon boleh berpeluh..Muka sama coklat kalau hati hitam legam..muka merah jadi hijau..yang hijau bertambah hijau..harap diberi panduan.

Ibu..nasehatkanlah anak2 ibu semua nieh..pening dah kepala niehh..

Captain..
mane ada marah..geram jer

Tuan moundtweller
bahang bahang..3 kepala jadi satu..lidah api, badan meradang,otak sempit tangan berparang..Gunung berapi meletup, lahar jadi kawan..bara jadi lawan..

ada otak xnak fikir..ada fikir jgn ego..ada ego jgn bongkak..bila bongkak takde otak..

anony..
heppp..sushi2 nie mesti dak kicik yang nak jadi adik ipar niehh..pizza mana!!!!!uhuh

nur said...

ekon tingkat 2 ni sejok gila!!

Mogen Ali Rico said...

erkk..ko gi kat security bawah..setkan balik temp..ko nak password??hehehe

Wardrobe kita said...

Panas dunia semua org rasa,
panas hati tanggung sendiri..

Ternyata Allah maha Adil..
Setiap kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan..
Hanya Dia yang mengetahuinya..

hafiz said...

makin menderu angin makin panas. ya. panas dalam sapa yang tau. panas dihati membuaknya api. waaa memang panas dan kekotak hanya menambah baik pembakaran...

~ujicham~ said...

Fuh lega... rupanya gantung je. Hihi.

Snowflake said...

Assallamualaikum
YB Datuk R
Syukran anda ngga putus sama dunia alam siber ini.
Wassallam

Mogen Ali Rico said...

qaseh..
jgn sedih2 lagi..cukup sedih menanggung..cukup duka melara..tiba masa ketawa gembira..suatu hari kan kunjung tiba

hafiz..
Kotak kotak si katak..lantang2 si jantan..naga api tiga kepala..akhirnya mati ditelan api..api api gunung berapi..lahar berbara di dalam hati

uji..
gantung diri tak bertali.lebih baek terbang ke langit..hihi..aper yang aku merepek niehh

Salam snow..
Princess SnowFlake..Queen of Land of Snow!!!