Tuesday, December 9, 2008

Kriket - Ada kisah disebaliknya

Kisah rekaan ini terjadi di pesisiran kota Islamabad di negara Pakistan. Seorang ayah yang memiliki anak yang berusia kurang lebih 5 tahun, memasukkan anaknya tersebut ke sekolah sukan untuk belajar bermain kriket. Ia mahu melihat anaknya kelak menjadi seorang pemain kriket yang terkenal.

Selang beberapa waktu kemudian, dikisahkan datang seorang pemain kriket yang sangat terkenal untuk membuat perlawanan persahabatan di stadium utama Islamabad.

Pada hari perlawanan, satu jam sebelum perlawanan dimulakan, Sang ayah duduk dan anaknya berada di sampingnya. Seperti kanak2 kecil yang lain, anak ini pun tidak betah duduk diam terlalu lama dan tanpa pengetahuan ayahnya, ia menyelinap pergi.

Ketika perlawanan hendak dimulakan, kelihatan semua pemain2 sudah berada di padang utk memulakan perlawanan kriket.Sang ayah terkejut apabila melihat anaknya sudah berlari memasuki padang dan terus ke tempat pembalingan bola.

Seluruh penonton bersorak melihat anak kecil yang kelihatan bersungguh-sungguh cuba membaling bola ke arah pemain kriket terkenal itu.Melihat anak tersebut masih kecil, pemain terkenal itu tidak menjadi marah, ia tersenyum dan berkata,"budak, teruskan baling sampai aku dapat memukul bola itu".

Disebabkan jarak antara lapangan baling bola dgn tempat pemukul bola terlalu jauh,oleh kerana kudrat si anak yang masih lagi lemah maka bola yang dibaling tidaklah sampai.Pemain terkenal itu sedikit demi sedikit bergerak ke hadapan hingga beberapa meter di hadapan si anak itu.Si anak terus membaling sehingga pemaen terkenal itu dapat memukul bola tersebut hingga terkeluar dari kawasan padang permainan hingga ke arah penonton.

Seluruh penonton bersorak dengan begitu kuat dan menyambut dengan meriah. Sang anak menjadi megah dan amat berbangga , pikirnya, "Aku berjaya membuat balingan yang baek sehingga bola tersebut dapat dipukul melepasi padang permainan dan hingga ke terkeluar ke arah penonton" Ia lupa bahwa yang disorakkan oleh penonton adalah kepada pemain terkenal tersebut yang berjaya mengisi semua kekurangannya dan menjadikan permainannya sempurna.

Apa implikasinya dalam hidup kita ?

Kadang kita bangga akan segala rencana hebat yang kita buat, perbuatan-perbuatan besar yang telah berhasil kita lakukan. Tapi kita lupa bahwa semua itu terjadi karena Tuhan ada di samping kita. Kita adalah anak kecil tadi, tanpa ada Tuhan di samping kita, semua yang kita lakukan akan sia-sia. Tapi bila Tuhan ada di samping kita, sesederhana apapun hal yang kita lakukan hal itu akan menjadi hebat dan baik, bukan saja buat diri kita sendiri tapi juga baik bagi orang di sekitar kita. Semoga kita tidak pernah lupa bahawa ada Tuhan di samping kita.

Sekain

8 comments:

Kapten Luffy said...

ermmm... membuat ku berfikir

sparkystar said...

bila nak trun kan angkatan malysia kt nie.

~ujicham~ said...

hm... koleksi citer ko mcm dah jd cerita 1001 mlm versi moden.

Unknown said...

Yang pasti Allah sentiasa bersama kita walau pun ke lubang cacing!

Fly said...

salam..cerita yang menarik dan gambar yang superb..

Fly said...

thanks lawat blog aku yek..anyway gambar-gambar u pun cukup menarik bro.. keep up a good work, aku pun banyak lagi yang perlu belajar.. kita kongsi2 ilmu ye..

Fly said...

i link ur blog to mine

Mogen Ali Rico said...

luffy,
Fikir fikir..aku nak korang terokai sel2 otak korang sampai 7%.

sparky,
angkatan malaysia boleh jer turun bila2.Kalo ko nak angkatan pakistan turun, aku lari dulu..

uji rashid,
haaaa..tue laa tujuan aku..hikayat 1001 ketenet yang bosan.lalal

tuan mountdweller,
Itu sudah kemestian cuma kita selalu terlupa.Setiap inci pergerakan telah diaturkan.

Tuan Fly,
Thank bayak2..huhuh..best2 dapat link ngan jaguh2 menembak dan pengedit yang hebat.hopefully dapat ikut korang nyer style edit gambar.Gempak!!