Friday, December 12, 2008

Menghambat bayangan sendiri


Arakian cerita,seorang anak kecil bercucuran keringat. Ia telah berusaha cukup lama berlari dan terus berlari. Ia ingin mengalahkan sesuatu di depannya, ia ingin melampaui bayangannya sendiri. Namun semakin dikejar, semakin yang dikejar itu jauh mendahuluinya. Tak peduli berapa jauh ia mengejar, berapa cepat ia berlari, bayangannya selalu tetap sahaja berada di depannya, padahal ia kini sudah kehabisan tenaga.

Sang ibu yang hanya memerhati tindakan anaknya dengan penuh kasih memberikan sebuah nasihat yang amat sederhana.Anakku sayang! Hanya ada satu tindakan sederhana yang perlu engkau lakukan untuk mengalahkan bayanganmu.Berjalanlah menghadap matahari. Kerana dengan itu bayanganmu pasti akan berada di belakangmu. Hanya dengan itu juga engkau akan menjadi pemenangnya'.

Kesimpulannya

Mungkin kita pernah atau sedang berusaha selagi terdaya untuk melampaui suatu 'bayangan' tertentu. Mungkin ketika berhadapan dengan masalah pekerjaan, belajar, atau dalam masalah hubungan sesama manusia mahupun dalam kehidupan rumah tangga.
Apabila tibanya saat itu, berdirilah menghadap sang Matahari abadi yang sentiasa memancarkan sinarnya setiap hati.Percayalah,ketika ada kejadian negative terjadi, Tuhan pasti mempunyai jawapan yang positif untuk itu.

Sekain

7 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

Matahari memberi kebaikan kepada setiap kejadian ciptaanNya.. Jangan takut yer dik...berhadapanlah. Ia tia kan menggigitmu.(cakap kat dak kecit tu).. ;)

anntaj said...

salam...
love to say..this is nice blog..
cantik gmbr2 kat sini..
bestlah resipi cucur maggie nih...saya nak salin jap..
take care!

Unknown said...

Sdr. mogen.

Di sesuatu situasi tertentu kebijaksanaan bertindak ada penentu sudahnya.

Satu nasihat yang berguna dari sdr.

Kapten Luffy said...

thanks bro...

Mogen Ali Rico said...

kak galuh.
nnananana..lalalala..(napew haku berfikiran songsang hawi nie).tak takut laa kak..cume segan jer

anntaj mahal
Sila sila sila..tue resepi puan galuh tue..den ciplak wat makan tgh hari..sonang mmg sonang.

Salam Tuan.
Berkongsi ape yang termampu tuan.Bukankah sharing is loving?

luffy..
erkk..terima kasih jugak( errr..musykil)

Galuh Cendra Kirana said...

Hepp! Cik Moggg..uhuhu..nasihat tu untuk Budat Kecit tu..bkn untuk awak, senah..

skatype said...

salam blog..
sker sgt pic 2.
mmg havoc n nice..
nyway..
great.