Tuesday, November 11, 2008

Menulis itu resah yang bahagia



Melingsirnya matahari maka genaplah 5 hari aku tidak menulis.Ada suara2 yang berdenchang bertanya..namun aku ternyata terdemut dgn segala urusan.Tapi pasti suatu hari bila idea yang bekelun di otak tidak dizahirkan dengan canangan kata, aku pasti menulis lagi.Ramai yang berkata, menulis itu suatu anugerah namun bagi aku, dengan menulis aku menyingkapkan diri.Dengan menulis aku mencanangkan peribadi. Dengan menulis aku menuturkan kata-kata yang tak mampu aku luahkan..

Sambil aku melimpang di katil bujang, bergebar dan berpelukan bantal..Mengerudongi jiwa dgn karya terbaru Ramlee Awang musyhid, tiba-tiba aku teringat petikan ayat dari saudara Muhammad Hj salleh dari puisinya "sesekali aku"

Jalan ini berputar, kembali kepada permulaan, jawapan hanya soalan..

Aku kembali ke permulaan, memulakan langkah dari tapak yang pertama.Bertatih dan bertuntun menuju ke destinasi impian.bukan berotopet dan berpedal dgn bantuan roda.Aku memilih utk kembali ke titik asal.Membenihkan perasaan yang baru, bertunaskan cinta diriku kepadanya.Akan aku usahakan semampunya seperti mana yang telah aku lakukan dulu.Tiada yang kurang, semuanya lebih.Tiada yang hilang, semuanya terang.Insyaallah..doaku..agar cintaku yang tidak putus bersuara mengiringi perjalanan kita ini mendapat berkat dari keluarga dan langit..

Sayang,.izinkan aku mengejar bayang-bayang mu agar kau dapat meliputiku dgn keteduhan cintamu.Izinkan lah..

Sengaja aku menggunakan perkataan lama agar kita sedar betapa kayanya bahasa.

6 comments:

~ujicham~ said...

Sehari tak jiwang memang tak sah!

hanis said...

wah3 putik2 chenta nampak? baru tumbuh ka?

Qaseh.Darwisy said...

Hemm..indahnya bahasa..seindah cinta yg mula mengeluarkan harumnya..

(aku tgk jadual jap..asal aku nye course ni x de subject BM..ishh..BI jea ade..bila aku nk pandai BM nih..)

Galuh Cendra Kirana said...

Wahh..dah bertayamum di kerajaan langit..cak pong...cak pong..bahagianye resah Cik Mog sekarang yer...hihihik.

mountdweller said...

Sudah bermula satu titik yang bukan dinamakan nokhtah!

Anonymous said...

seluk2 poket tu mesti sebab tgh kire bape duit yg ade kan??
pastu termenung melihat alam semula jadi tu plak mesti sbb tgh pening2 belalang memikirkan alasan terbaik untuk mengelak dr belanja seseorang sushi kan?? kan?? kan??
lalala....