Monday, January 5, 2009

Azammuddin tahun 2009

Mempunyai azam bukanlah perkara yang pelik hatta bernama azamuddin juga bukanlah nama yang jelik..Aku sebenarnya takde azam di tahun sebelumnya..( sebenarnya ada tapi terpaksa dirahsiakan dari pihak media) tapi aku lebih gemar mempunyai harapan dan sentiasa mengharap sesuatu yang aku harapkan walaupun ianya mungkin akan mengambil masa selamanya bak kata pepatah org arab "fikir dulu sebelum buang"

Harapan???
Apa itu harapan?..bukan cico harahap mahupon harapkan pagar pagar makan padi...harapan itu didefinasikan dalam perasaan sufi diri yang berkehendakkan sesuatu atau berkeinginkan sesuatu terjadi terhadap diri sendiri mahupon terhadap semua secara amnya.Ada juga berpendapat harapan itu adalah kiasan hati dalam mencapai sesuatu hajat..Harapan juga boleh dieertikan dengan peluang..Terpulang pada tapsiran namun yang pasti masing2 mempunyai harapan bak kata pepatah org pahang "jauhari jua yang mengenal manikam"

Harapan aku dari tahun 2005 hingga sekarang

1) Aku berharap agar aku gemar mandi
2) Aku berharap agar aku selalu membasuh kereta
3) Aku berharap agar aku makin rajin bekerja
4) Aku berharap agar aku dapat menagawal napsu makan dengan jayanya
5) Aku berharap agar aku dapat belajar ilmu photographi dgn ilmu photo effect.
6) Aku berharap agar aku dapat belajar masak
7) Aku berharap agar aku nak amek course Project Management Professional (PMP)
8) Aku berharap agar aku dapat kerja kat Port Baru sekitar Asia
9) Aku berharap agar aku menjadi aku dan disukai oleh semua yang menggelarkan dirinya aku.
10) Aku berharap agar family dan org tersayang meredhai pemergianku untuk menggali rezeki

Nota stokin busuk.
Warna merah tu dalam proses

"AKU MASIH PUNYA HARAPAN UNTUK HIDUP UNTUK SEHARI LAGI..ESOK? BELUM TAHU LAGI"


13 comments:

Monkey D Luffy said...

aku pun ada harapan macam kamu juga... hehehe.

kalau takder harapan baik jgn hidup ler. hidup tak ada harapan mcm kosong jer

Mogen Ali Rico said...

luffy..
Sesungguhnya den mengetahui dgn jelas harapan hang pada tahun ini..
( boleh ker kawen 2-3 dalam waktu setahun..hebatt)hehehe

Galuh Cendra Kirana said...

Syukur...ada manyak gak yg dah tercapai..kitew punye azam nak gi main salji kat obesi..tak sampai2 nih..everytime..everytime.....lallaala...ngehehe..

Mogen Ali Rico said...

ooooooo nak maen salji kat obesi yerr..maen salji dalam peti sejuk nak tak??

everytime everytime...mane lagu tue...huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

mountdweller said...

Salam mogen,

Kita berangan, dan bila ada angan-angan maka kita berharap. Bila kita berharap maka terbitlah cita-cita. Bila kita mempunyai cita-cita kita akan berusaha. Sambil berusaha kita berdoa. Kerana usaha dan berkat doalah kita berjaya. Berjaya bersama keredhoanNya. Itulah yang dinamakan berjaya diiringi keberkatan.

dayen_pinkpanther_pucca said...

segala2nya bermula dengan harapan (chewah!)

Galuh Cendra Kirana said...

tuan-tuan dan pompuan, Cik Mog ni mmg boleh diharap utk menunaikan harapan. Sbb tew org tersayang tu tayunk sgt kt dier...tih tih tih.

hanis said...

harapan aku kini tinggal harapan...
uwaaaaaaa~
*pang*
what the heck u talking about hanis...
tahun 2009 baru check in
bulk up.
enjoy urlife to the fullest.
weeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

YIE[n] said...

ada staf sini nama
Mohd HAZAMUDDIN..
tapi entahlah dia ada azam ke tak?
hehehe
Walaupun harapan..
ia adalah harapan..
bagus mempunyai harapan..
Teruslah harapan...

anntaj said...

Mogen,
yang merah tu mesti tau.!!
ehhh saya kdg2 kurang fhm bahasa yg mogen gunakan wahhhh sunggoh puitis...
semoga dapat mencapai setiap azam yang diimpikan..
saya ponnnnn ada azam juga nih...
nanti tanya lah apa dia...
:)

selamat berkerja dan jaga diri baik2 ya...

skatype said...

moga segala azam mu tercpai...
n trtunai dgn keredhaanNYA..
insyaalah...
pepun...
do the best..
bak kata anntaj..
yg merah 2..
sure ler.
azam ak taun nie lain dr yg lain...

Mogen Ali Rico said...

salam tuan,
Berusaha dan terus berusaha..mengharap dan terus mengharap..tapi tidak sekali mengharap sesuatu yang tak pasti

adik luffy..
yeahhhhhhh..dah nak mula dah..die dah nak mula berpuitis dan berpungjangga dah..haaaaaa..kalahkan abangmu!!!

Puan galuh..
Erkk..saya cico harapap..harap maklum..

nis..
aper kisah nie nis..nanti citer!!!
( off record..nis..tarzan ko buat hal yer..mane die biar aku bawak die jumpe tukang gunting rambut..buang sikit rambut baru nampak lagi hensem)

Yien..
Yeahhh..org yang bernama hazammuddin ittew mesti byk azam..umpama pepatah arab ade menyebut..zam zam alakazammm

anntaj..
yang merah ittew dalam proses..yang puteh tu masih dalam projek perancangan malaysia ke 8..( kurangkan berpuitis dalam bahasa, lebihkan gula utk hepatatis)
Dah boleh tanye ker??

skatype,
insyaallah semuanya akan tertunai jika diizinkan..Jika tak dapat pon aku tak rasa hensem pon sebab aku dah usaha.

Aku berazam akan makan nasik..ko berazam nak makan aper lak?

Ieja said...

saye berazam makan tomyam! kikikikiki