Wednesday, July 16, 2008

Retak tak bererti belah..



PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil. Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.
"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya. - Diciplak dari Harakah


Pesanan ketenat agar berwaspadalah pada segala percaturan yang akan dibuat pada masa hadapan.Persetankan ketamakan kuasa, utamakan agenda dan janji manifesto yang dibuat..Jika pengalaman 2004 tidak dijadikan tauladan, PRU-13 semuanya akan balik kepada yang asal.It's true and it's damn true..

No comments: