Wednesday, December 24, 2008

3 waktu yang memisahkan kita



Yang pertama: Hari Semalam
Kita tidak mampu mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tidak mungkin dapat menarik kembali perkataan yang telah diucapkan. Kita juga tak mungkin dapat menghapus kesalahan atau mengulangi kegembiraan yang kita lakukan semalam.Yang penting lepaskan saja…

Yang kedua: Hari esok.
Hingga matahari esok hari terbit, Kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kita tak akan dapat melakukan apa-apa kecuali merancang. Kita mungkin akan sedih atau ceria di esok hari nanti semuanya belum lagi pasti.Yang penting biarkan saja…

Yang ketiga : Hari ini.
Pintu masa lalu telah tertutup,pintu masa depan pun belum lagi tiba. Tumpukan sepenuhnya diri kita untuk hari ini. Kita dapat mengerjakan lebih banyak perkara untuk hari ini bila kita mampu memaafkan hari semalam dan melepaskan ketakutan pada hari esok.

Hiduplah hari ini kerana masa lalu dan masa depan hanyalah permainan pikiran yang kompleks. Berikan penghargaan pada orang lain bukan karena siapa mereka, tetapi karena siapakah diri kita sendiri, jadikan mereka teman yang baik, jangan biarkan masa lalu mengekang kita atau masa depan membuat kita bingung, lakukan yang terbaik hari ini dan lakukannya sekarang..Insyaallah hidup akan lebih bermakna..

( Yang suka caci caci kentang hasil karya org laen, yang suka maki maki chan gambar2 yang org edit..Yang suka suki sembur2 org dgn mulut bau longkang ..boleh pii maen jauh2..syuhh syuhhh busuk2 kat sini tak dibenarkan..)

Sekain..

10 comments:

Unknown said...

salam mogen,

Satu masalah besar bila semalam terleka, hari ini buntu (tak buat apa-apa), esok belum tentu.

Apa akan jadi dengan orang begini?

Mogen Ali Rico said...

salam tuan,

Hidup merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan.Jika terleka semalam dan buntu di hari ini..esok lusa siapa yang tahu.

Yang bermasalah kepada org yang mengulangi perkara yang sama dan tidak mempelajari apa2 dalam hidup..org2 mcm nie patut dikaunselingkan oleh saudara moundtweller.hehe

amin said...

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI...

skatype said...

wow bro.
skang da jderk cam kaunselor lak..
hang ni kan.
mmg berbkat ler..
smua site hang bley..
kagum gua...
pepun..
hari ini adlah langkah kita untuk meneruskan perjlanan dihari esok..
lau ak jmpa dak yg mlut bsuk dan bau lngkakng..
akn ku ajr ckup2..

Galuh Cendra Kirana said...

Cik Mog,
Thank you so much! ;)

Kapten Luffy said...

saper ker yg berbau mulut tu tak berus gigi

Mogen Ali Rico said...

amin..
Kita merancang utk membuat yang terbaek pada hari esok tapi itu belum lagi pasti..Yang penting apa yang kita lakukan skrg..adakah kita pelajari apa2 pada hari sebelumnya?? itu yang kita perlu pikir2kan..

skatype..
ko siap sedialaa dengar lecture tak berbayar dari aku nanti..miahahahhaa

ab..
salam perkenalan..

Puan galuh..
ERkk.tima kasih daun keladi..kalo boleh nak lagi

luffy..
ade org gosok gigi tapi bahse yang kluar dari mulut still busuk cam longkang..aku terpaksa bertanya kepada doktor..sape2 doktor kat sini..angkat keyboard!!!

hanis said...

wow...
siap ader pesanan hikmat masyarakat tu...

Reamy Zack said...

Hii,
Nice Pics n entry....

~ujicham~ said...

haha.. nape ci mog.. blog ko ada anasir2 yg tak dijemput ke? (merujuk pesanan khidmat masyarakat)