Wednesday, December 10, 2008

Cucur Meggie yang sedap

Hari nie aku lapar dan lapar dan terus lapar..Aku pon tak tahu apasal perasaan lapar aku menjadi2 mungkin dah nak period kot..ahakss..So dengan resepi dari Pn Galuh memandangkan bahan2 ini jer yang ada kat dapur dan dgn perasaan malas nak kuar ke kedai..so aku telah disyorkan utk membuat cucur meggie yang mudah dibuat dan tanpa was was.Puan-puan, antara bahan yang diperlukan utk membuat respi ini , sila lihat bawah..lala

Bahan2:
1 bungkus maggie
4 cawan tepung gandum
1 batang carrot - dihiris panjang2
1 biji bawang besar dihiris2
* taugeh ] ikut suka
* daun bawang ] suka hati
* daun kucai ] lantak korang laa
* daun sup ] ape2 jerlaa
* lada hitam/putih, ditumbuk ] belasah jerlaa

p/s: nak campur ikan bilis/ udang/ sausage yang dipotong2 / sotong kurita / umang2 / lemang pun boleh asalkan ditonggeng halal.

Cara2:
1) Maggie direndam lembut dan ditoskan.
2) Campurkan semua bahan.
3) Masukkan air dan gaul rata2 - agak2lah macam kita buat cucur kodok.
4) Lepas tu, bolehlah goreng. Minyak jangan lupa panaskan dulu.pastikan minyak yang ditapis 2 kali tapisan.lalala
5) Gunakan kepanasan api dari 50-70 celcius
6) Dah masak boleh makan, cicah dengan sos cili atau sambal ikan bilis.

Petua2 mak bedah
1) campur sebiji telur untuk lembutkan adunan.
2) maggie kena gunting, kalau tak, alamat berjurai panjanglah.
3) waktu nak goreng tak payah bulatkan. selalunya goreng macam cucur udang. Saiz gorengan tu tak kisahlah, nak besar - pinjam senduk makcik leha, nak kecil – pakai sudu jer
4) Nak tahu cucur dah masak, cucuk cucur dgn garpu kalo termbus kire dah masak dah.

Selamat mencuba

Sekain

14 comments:

CatlinaFly said...

cucur megi tu nmpk sedapp :)

Mogen Ali Rico said...

sedap sedap!!! rasa mcm jemput2..

Galuh Cendra Kirana said...

Yeyeyeyyy...misi membaikpulih perut tersayang berjaya!!!

Mogen Ali Rico said...

yeye..10Q so muchhhh!!!!!!!!!!!!!!
perut dah tak meragam lagi..die sedang berperasaan kenyang.

Terima kasih semua..terima kasih mopiko..lallala

MK said...

ahaks.. feveret aku time bosan2.. boleh juga dicampur dgn oat..

Mogen Ali Rico said...

tun mamat..
ko juga seorng tukang masak terkenal..ko patut bagi aku respi utk aku cuba.

Kapten Luffy said...

SUNGGUH MUDAH!

MK said...

resepi aku sungguh exotic kata housemate2 aku dulu.. hahahaha

sparkystar said...

garam xletak ke bro??

Wardrobe kita said...

Aku ngintai jek..agak2 scene lps masak mesti beselerak dapor..patu lantai basah n beminyak.Gamaknya la..

~ujicham~ said...

ei mogen.. merujuk perbualan ko ngan mamat.. nampak korang ni mesra cam.. heee... hehehe.

Mogen Ali Rico said...

luffy,
sebab mudah laa aku buat..kalo susah aku tak buat nyer..hehehe

tun mamat,
sungguh exotik and erotik..lallala

sparky,
aku takut kene darah tinggi..

qaseh
maner ader..aku masak baek2 tau..setitis minyak pon tak tumpah cumer berterbangan jer di merata2 tempat..( dinding dapur abis..xdapat aku selamatkan)

uji..
hepppppppppp..mane ade..ko jgn buat gosip2 liar..hahhaahha

Fly said...

salam sohabat..menu spesial tu kawe nok terai leh dok?hehe

Mogen Ali Rico said...

Tuan FLy,
Boleh sangat2..tapi jgn terlalu harapkan rasa die sedap mcm rasa pizza yer..rasa tetap mcm jemput2 biasa..hihihihi..