Friday, December 26, 2008

Monotaip Tentang Monotheisme

Aku bukannya sang mutakallimin, utk dimuhtashamkan juga aku tidak layak.Momokan aku tidak maujud tapi hati ini ade kisah yang ingin diungkap.Bermonolog dan berpujanggalah aku seorang diri dgn susunan kata2 bermurakkab namun aku sedar ianya tidak mujarab.Yang cerah akan tetap terlena namun yang bangkit hanyalah dari gelap..

Liku liku, selok belok, hiruk pikuk tentang hidup siapa yang tahu.Smalam kita tertawa namun hari ini kita berduka..esok lusa belum dirasa namun harapan masih lagi ada.Jgn kerana hari ini kau bersedih, kau bawa hiba itu ke hari esoknya..Jgn kerana semalam kau tertawa, kau sangkakan hari ini kau akan sentiasa ceria.Hidup perlu bersedia..bersedia menghadapi segalanya..aturan dan perjalanan hidup mengikuti rantaian dunia..Percayalah kita adalah pelangkap sinopsis semesta dan berkohesi diantara setiap satunya.

Kepada yang mengalami kedukaan, bukalah mata..bukalah minda..ini adalah salah satu ujian dari yang esa.Aku tak mampu berikan apa2.hanya kata2 musa'adah yang dapat aku hulurkan sebagai pengganti cara..Mungkin post ini dapat memberikan sedikit makna
KOHESI ANTARA AKU DIA KAMI DAN KITA

Percayalah:-
Aku memohon kekuatan......
Dan Tuhan memberi aku kesulitan-kesulitan untuk membuatku kuat

Aku memohon kebijaksanaan.....
Dan Tuhan memberi aku persoalan-persoalan untuk aku selesaikan.

Aku memohon kekayaan........
Dan Tuhan memberi aku akal dan tenaga untuk terus bekerja.

Aku memohon keteguhan hati.....
Dan Tuhan memberi aku bahaya untuk aku atasi

Aku memohon cinta dan kebaikan hati...
Dan Tuhan memberi aku orang-orang yang bermasalah untuk aku tolong.

Tuhan memakbulkan doa kita dgn caranya, tapi yang pasti tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.Jika kejadian negative berlaku, berkata pada diri bahawa Tuhan pasti mempunyai jawapan yang positif untuk setiap kejadiannya.


Kau..aku maksudkan kau!..kalo kau membaca entri kali ini..
Bersyukurlah kerana kau masih mampu lagi berjalan di bawah mentari senja..

Sekian
( Aku bukan ustaz jika berjaya mengungkap sebaris dua perkataan arab.Hanya menceriakan untaian kata dan perlengkap makna. )

14 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

Muhasobah diri buat diriku jua...terima kasih ya.. =)

skatype said...

kadang2 kita tidak sedar,
ujian yang kita hadapi,
adalah penamat bagi sebuat ceritera..
thanks Bro..
Aku tdk akn pnyai sesapa lg..
itulah reality...

skatype said...

Yang beranggapan bersendirian di dunia, mereka silap..Jgn kerana ego kita menyalahkan takdir..Jgn kerana tamak kita menyalahkan mereka yang lain.Kita tidak pernah bersendirian kerana pasti ada insan yang bergantung dan bersiratan kepada kita..hanya interpretasinya yang tidak diketahui sehingga tiba masanya.

Bro...
kalam ayat ni..
akan mmtngkan insan yg brgelar 'KAU' dlm entri nie... thank a lot

Kapten Luffy said...

betul. kita kena hargai hidup yg singkat ni

~ujicham~ said...

mogen.. best la kata2 ko ni... (sambil memandang matahari terbenam)

Mogen Ali Rico said...

Puan galuh..
Pon dah cakap arab dah..waaa..wink winkk kat die

skatype aka skype
Bro..aper yang mampu jer bro..keterbatasan diri tak memungkinkan aku memberi segalanya..hanya sedikit coretan pengganti cara..semoga semuanya aman sejahtera

luffy..
Yeahh..gunakan hari ini sebaik2nyer.

uji..
"berkata2 dgn tulisan berbeza kalau terluah di bibir.."kata mogen sambil mengshoot gambar uji dan wari di remang2 senja

skatype said...

thanks ler.
pepun.
idup ak msti diteruskan...
ak xkn hmpakan hrapan org yng da xda.
ak nk mereka bngga ngn aku..

anntaj said...

salam Mogen Ali Rico,
Ya ALLAH...saya betul2 merasai entry awak ini seperti nasihat terbaik buat saya renungi...
saya sudah merasa jatuh..tersungkur...dan kini saya bermuhasabah diri...
terima kasih...
saya suka kata2 pd en3 ini..
semoga kita semua diberkati dan menjalani kehidupan yang diredhai...
thanks.

Galuh Cendra Kirana said...

Hepp! Wink wink dekat dier jugew! lalala

arsaili said...

salam..lawa nya gambor...

skatype said...

winx.
winx.
winx.
pe ler mknsnya 2.
hnya die n seagktan dgn nye..
yg mmhami pe mkna pktaan 2.
hahaha

skatype said...

Bro.
Salam Maal Hijrah..
Moga Hijrah kali ini membawa ribuan makna,..
insyaalah,.

Mogen Ali Rico said...

ab & arsaili..
lawanya orang yang tgh jalan kaki itteww...

anntaj,
Erk..bila otak dan hati tak seiringan..maka tulisan menjadi taruhan..

skatype..
Salam Maal Hijrah!!!!!!!

Puan galuh..
hamekk niehh..piwew piewww piewww..picu picu picu

Anonymous said...

Silence has come :)