Saturday, January 24, 2009

Adakah kita gembira? - sambungan



Di entry yang lepas, aku telah berjanji untuk menceritakan serba sedikit ttg perjalanan kehidupan aku dan bagaimana aku melihat bagaimana pilihan itu memberi impak yang besar dalam hidup.Semua ini dalam pengetahuan tuhan, aku sebagai manusia menggunakan akal utk memilih dan ketentuannya telah ditetapkan berdasarkan pilihan yang aku pilih.Semoga kisah ini tidak mendatangkan fitnah dan mudarat kepada sesiapa..hanya berkongsi rasa dan jiwa terhadap sesuatu perkara..

Cita-cita sebenar aku adalah untuk menjadi seorang akauntan.Untuk pelajar yang bersekolah di sekolah asrama penuh aku merasakan aku layak utk mendapat keputusan yang baik di dalam SPM dan menjadi tapak utk aku mencapai cita-cita aku. Namun aku demam semasa peperiksaan SPM dan aku mendapat keputusan yang amat buruk dan lagi buruk dari keputusan kawan2 di sekolah biasa.Pada waktu itu aku tidak dapat menerima hakikat dan menyalahkan takdir.Aku asingkan diri aku dari kawan2 dan guru2 kerana aku malu.Pada masa itu aku tidak menyukai komputer walaupun rakan2 semuanya hangat bercerita ttg permainan di komputer namun aku tidak ambil peduli.Oleh kerana keputusan aku yang teruk, aku tidak layak utk memohon utk jurusan akuantan dan aku dibukakan hati utk mengambil jurusan kursus Integrasi Sains komputer.Mengapa aku memilih Integrasi Sains komputer.Integrasi bermaksud jika di tahun dua aku tidak dapat keptusan yang baik, sekurang2nya aku dapat diploma dan jika keptusan aku baik aku akan dapat meneruskan ke peringkat degree.Aku tidak mempunyai asas yang cukup dalam bidang komputer dan aku tidak yakin ketika mengambil keptusan itu tapi aku nekad.Alhamdulilah akhirnya aku berjaya meneruskan ke peringkat degree walaupun terpaksa extend setengah tahun kerana repeat paper yang fail.

aku mulakan karier aku sebagai pembantu lecturer di UTM dgn gaji RM800 disamping itu juga aku membuat part time sebagai technician memasang stremyx di rumah2 sekitar senai dan kulai.Dan seterusnya aku mendapat kerja di Kluang di sebuah syarikat cina pembuat perisian utk kilang2 tenunan di China.Pada masa itu hidup aku sungguh gembira kerana tinggal bersama keluarga.Semua cukup semuanya indah.Semuanya rasa teratur walaupun aku menghabiskan separuh hidup aku dgn kerja tapi akulah org yang paling gembira pada masa itu.Walaupun dengan hanya 5 org pekerja melayu dan semuanya cina aku tetap gembira.namun kegembiraan itu tidak berpanjangan.Ayah aku menyuruh aku utk mencari kerja di Johor utk mendapatkan masa depan yang lebih baik.Pada masa itu hati aku memberontak..aku berkeras ingin tinggal di kluang namun kerana aku anak yang taat aku ikutkan jua keputusan ayah aku.Akhirnya aku berjaya mendapatkan kerja di PTP dgn gaji yang sama walaupun syarikat di Kluang menawarkan gaji yang lebih lumayan.

Aku mulakan kerjaya di Johor dgn penuh kesusahan.aku diuji dengan pelbagai ujian hinggakan kesabaran aku yang selama ini aku jaga sebaik baiknya akhirnya meletup.Aku akui ini kesalahan aku kerana meninggikan suara dan berperangai tidak siuman di hadapan boss sendiri.Di dalam benak aku hanyalah jika aku dibuang kerja aku akan jadikan alasan utk pulang ke kluang dan bekerja di tempat lama.Boss di tempat lama sudah pon memberi lampu hijau jika aku ingin kembali bekerja di sana.Namun aper yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan, aku tetap diterima malah diberi tanggungjawab yang lebih besar.Aku mula sedar ada sesuatu disebalik sesuatu..Aku fokuskan hidup dengan kerja.Aku abadikan masa aku di pejabat.Di waktu yang sama aku dibebani dgn krisis keewangan yang amat teruk..Aku masih tidak pandai utk mengawal keewangan kerana semasa berada di kluang semuanya telah sedia.Di johor aku terpaksa membayar rumah sewa,makan minum, duet kereta, duet minyak dan sebagainya.Maka aku mengambil kptusan utk hanya tinggal di opis sekurangnya aku dapat menjimat duet minyak dan bil2 rumah.Aku bekerja di johor hampir dua tahun dan akhirnya aku ditawarkan bekerja di bahrain secara contract dan ketika aku menulis aku gembira dengan hidup aku dan aku takkan persia2kan pilihan yang aku buat 10 tahun dulu ketika aku mengisi borang permohonan ke univeriti dalam jurusan komputer.

ketika ini jika aku meyorot kembali kisahku di zaman yang silam..umpama ada turutan cerita yang melangkaui fikiran aku pada masa yang lepas.Pernah aku terfikir, jika aku tidak demam sewaktu SPM dulu dan dapat menjawab dgn baik adakah aku akan gembira seperti sekarang?Adakah aku akan menjadi seorng akauntan yang gembira?adakah aku akan mampu menulis di blog dan mempunyai rakan2 sperti mana yang aku ade skrg?

Aku bersyukur apa yang telah ditakdirkan kepada aku dan tiada ragu terhadap ketentuan tuhan pada masa hadapan.Andai kata ditariknya rezeki dan apa jua yang terjadi pada diriku aku akan redha.Ianya tidak akan menggugat semangat aku utk terus berusaha dan terus berusaha.Jika aku gagal maka aku pasti kegagalan aku pasti bersebab dan telah disediakan ranting dan cabang pilihan yang lain yang perlu aku terokai dgn penuh kesungguhan.

Di dalam hidup aku sebenarnya terdapat bayak pilihan yang perlu aku buat yang tidak dapat aku ceritakan.Jika ditulis ditakuti akan menyinggung perasaan orang2 yang terbabit dalam proses kehidupan aku yang lepas.Namun yang penting, pilihan telah dibuat, aku sudah meninggalkan ranting yang lama dan meniti ranting yang baru.Aku pasti didepan aku terdapat ratusan malah ribuan cabang-cabang yang perlu pilih dan dengan doa moga dipermudahkan urusanku dalam meniti ranting dan cabang kehidupan hingga ke akhir hayat.

Jika yang masih mempertikai mengenai jodoh, jika masih mempertikai mengenai kerja..jika masih mempertikai ttg kehidupan..Percayalah..ada cerita di balik cerita ini..ada nikmat penuh hidayat yang tersingkap..carilah cabang yang gembira..mohonlah ranting yang ceria.

Aku dengan rantingku..Dia dengan rantingnya..kami, kita dan mereka semuanya mempunyai ranting dan cabang yang sudah tersedia untuk dilalui..InsyaAllah suatu masa kita akan bertemu di satu persimpangan dan kita akan jalan beriringan meniti bersama hingga ke penghujungnya.

Aku..Dia..Kami..Kita..Mereka..Percayalah semuanya berkaitan diantara setiap satunya.

20 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

Handsome abang baju merah ni..nak nomo tepon boleh? ngiahahahuhuhu...syukur,..dgn apa yg dipunyai sekarang..dan kita sama-sama berdoa dan memohon agar kehidupan akan dtg baik-baik saja..tak gah pun tak apa, asalkan segalanya cukup dan gembira...kalau ada lebih, Alhamdulillah...itu adalah bonus buat kita..kawan sgt2 berharap ranting kawan dapat dipaut bersama sekiranya ranting si dia suatu hari nanti menghadapi kesukaran..kawan yakin...'Aku...Dia..Kami...Kita...Mereka' bakal lengkap dan bahagia bersama...insyaAllah.. =)

Kapten Luffy said...

aku suka baca entri macam ni... thanks for sharing

Aqila Borhan said...

pengalaman yang lepas banyak menguji kita untuk terus berjaya.
smoga berjaya utk akan dtg. =)

Anonymous said...

hurm aku lebih suka berpegang kepada janji Allah S.W.T sebab...

"Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, termasuklah soal jodoh, kerjaya, rezeki dsb..."

aisemen, walaupun aku keberatan pada awalnya tentang bakal kerjayaku ini, tapi akhirnya banyak jugak yang aku dapat...he5...

peace tuk mogen. yeah!

nur said...

mana cerita panjat pagar sekolah beli rokok?
oo.. lupa...
skolah tepi laut mana ada kedai...

Anonymous said...

mana pulak citer mkn angin ramai2? ooo... kawan lama dah mula dpinggirkan. x gembiralah kawan cam ni :(

Fly said...

bro..pengalaman yang lepas banyak memberi pengajaran dan mematangkan diri seseorang..

Anonymous said...

best2
menitis air idung aku membacanya.
peace!

azlishukri said...

"Ya Allah, Engkau berikan kekuatan dan kemuliaan kepada sahabatku ini saudara..mogenali rico ini. Amin."

Galuh Cendra Kirana said...

Amin...Ya Rabbal 'Alamin..untuk segala2 yg terbaik... =)

~ujicham~ said...

terimalah dengan reda apa yang telah ditetapkan.. usaha dengan gigih utk apa yang dihajatkan.

Mogen Ali Rico said...

Puan galuh
kawan bukan ranting..kawan dah tahap dahan dah nie..hiihhiihih..insyaalah dahan ngan dahan boleh berpaut dgn kaedah tut..

kapten..
aku tulis panjang sangat..aku ngantuk bila baca

kyla.
setujuuu!!!!!!pengalaman buruk atau baik inilah yang mendewasakan den yang keanak2an yang comel..kallala

adik luffy..
haaaa dapat bayak??? dapat bayak aper tue..musykilmusykil..prasangka yang bukan2 menguasai diri..lalalallaa

Mogen Ali Rico said...

husbi..
kisah panjat2 pagar gi petronas beli rokok tue aku simpan dalam buku akaun imbangan duga

anony..
cite makan angin ngan kawan2 tu dalam en3 lain lah..nie kisah perjalanan kerja jer..mane ade luper member..samer jer..balik kawan jumpe ler kawan2

fly..
pengalaman mengambil gambar kuda sungguh mematangkan skill shoot kita..mari menembakk

nis
idea nak tulis nie pon datangnyer dari ko..ko wajib mengalir air idung secara serius

Azli
Perjalanan hidup kawan tak boleh dibandingkan dengan perjalanan hidup awak..lagi penuh ranjau berduri..hikayat tu dah ade sambungan ker???

uji rashid
yeahh.aku redha dan redah jerr..nanannaa...lalallalla...

Anonymous said...

Dil..ko emang ditakdirkan bukan jadi akauntan..nampak muka pon aku dah tau...

Anonymous said...

Dil panjang lagik rambut ko erk

nur said...

owh!!
lupa plak ada petronas kt smpang jln besa nuu..
pehh!!jauh gla menapak!!

Anonymous said...

pelemek jhonny... hikayat menyayat hati...hmm... actually your journey and life are just began, bro... just remember 2 thing... GOD BLESS is very very very important in life... camne nak dapat RAHMAT ALLAH tu, faham faham sendiri ekk... 2nd things thing... whatever you get now is illusion... your wealth, money, life, your love whatever are totally not yours but given from ALLAH... anytime could be taken from you... Semayang jangan tinggal, kay...

Sorry kalau kawan membebel... bcoz I care about u...

-Taiko Nilai-

p/s: petang ni aku nak jumpa mak ngan lin kat mandarin oriental... besok pi majlis kiki kawin besok...

Unknown said...

Sdr. mogen.

Betul, pertama perjalanan hidup kita adalah di atas landasan taqdir. Kedua tidak ada apa yang lebih penting ialah kegembiraan, tidak kiralah dengan kerja, suasana kerja atau apa-apa saja. Biasanya bila kita berkerja tidak di bawah tekanan kita akan menghasilkan mutu kerja yang baik dan akan memberikan kepuasan. Kerana kepuasanlah kita akan rasa gembira.

Pada satu masa dulu uncle pernah tampar penolong pengarah kerana terlalu menekan. Ini berlaku kerana sebelum itu sudah beberapa malam uncle balik lambat sehingga jam 2 pagi semata-mata untuk siapkan kerja dengan cepat. Tapi malangnya pengorbanan masa uncle tidak dihargai langsung bahkan menerima kata-kata yang tidak sepatutnya. Jadi uncle hadiahkanlah satu penampar Jepun. Nasib baik Big Boss menyebelahi uncle.

Wardrobe kita said...

Macam citer sedih..tiba2 aku tepikir balik story hidup aku 10 tahun lps..Mmg banyak kemungkinan..tapi Alhamdulillah..hari ni aku dapat buat mami n abah aku bangga jugak dengan segala usaha aku..hope jalan2 kat depan sane boleh bawak kita ke lautan yang lebih luas n mencabar..

sparkystar said...

alamak..smart rmbut bro.mcm samurai