Pengundi dapat buat keputusan
BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya pengundi kawasan Parlimen Permatang Pauh dapat membuat keputusan terbaik untuk menjamin masa depan generasi masa kini dan akan datang. - Berita Harian Online
Berita dari Permatang Pauh
Ya..kami dah buat keputusan.Terima kasih Paklah
Pengundi tak perlu takut: TPM
Pembangkang cuba halang BUTTERWORTH: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pengundi Permatang Pauh tidak gentar atau takut untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini. Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berpesan kepada pengundi supaya tetap keluar mengundi walaupun mungkin dihalang oleh pembangkang. "Pesanan saya jangan gentar atau takut untuk keluar mengundi walaupun pembangkang akan buat apa-apa untuk halang atau menyusahkan atau takutkan mereka daripada mengundi," katanya. - Berita Harian Online
Berita dari Permatang Pauh
Ya..kami tetap keluar mengundi.Terima kasik Datuk Seri
YB baru angkat sumpah Oktober
Majlis tidak perlu diadakan tergesa-gesa KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata mana-mana pihak yang memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh hari ini berkemungkinan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada pertengahan Oktober ini. Beliau berkata, majlis angkat sumpah itu tidak perlu diadakan tergesa-gesa sebelum pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat ini kerana Parlimen akan kembali bersidang pada Oktober ini selepas ditangguhkan pada bulan depan.Katanya, majlis angkat sumpah hanya akan dilakukan selepas pengumuman rasmi diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan seterusnya Ahli Parlimen berkenaan diberi peluang untuk memilih tarikh yang dipersetujui untuk mengangkat sumpah. - Berita Harian Online
Berita dari Permatang Pauh
Ya..keputusan rasmi dah diterima dan ahli parlimen berkenaan akan memilih tarikh yang terdekat.Terima kasih Tan Sri
Ulama selesai kekeliruan
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta ulama yang mengetahui hukum agama tampil memberi nasihat dan kaunseling bagi menyelesaikan kekeliruan di kalangan umat Islam dalam beberapa isu yang berlaku sejak kebelakangan ini. Baginda bertitah, pandangan ulama perlu dilahirkan secara bernas berteraskan agama dan bukannya memihak kepada individu atau fahaman politik tertentu. Titah baginda, kejadian fitnah dan saling mencaci sesama umat Islam yang berleluasa sejak kebelakangan ini, perlu ditangani pakar agama kerana jika dibiarkan, ia boleh menghancurkan umat Islam, bangsa dan negara ini.- Berita Harian Online
Berita dari Permatang Pauh
Ya..kami dah dengar pelbagai pendapat ulama dalam kes ini.Insyallah yang salah akan tetap dihukum samada di dunia mahupon di akhirat.Terima kasih Tuanku
Meet me here!!
Tuesday, August 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Aku ingat Anwar nak masuk parlimen dah dalam minggu ni... kuburkan sekaligu pak lah dan KJ. Bagi diorang takut sikit.
Hmmm... mereka dah ketakutan
erm..
pro & con terhadap kemenangan anwar
kalo anwar buat dajal..kita reformasi jatuhkan anwar pulak..yang penting sape2 yang jadi ketua mesti jaga rakyat.,.barulaa hidup aman bahgia..yeayyy
Assalamaulaikum Bahrin,
Semoga kita mahasabah diri menjelangnya Ramadan Al Mubarak ini.
Ya, kami rakyat pun dah penat dengan fitnah berleluasa di sana sini macam cendawan tumbuh lepas hujan.
Allah, ampunkan semua dosa dosa kami.
wslm makcik, insyaallah semuanya akan selamat
Post a Comment