Saturday, August 30, 2008

Harapan sang salji..



Khianat kah aku jika mengibarkan liwa' ini di tanah salji..Tentu sekali tidak.. Berdosakah aku mencacakkan liwa' ini di gurun pasir yang kontang..Juga tentu sekali tidak..di gunung ganang, di belukar, di lautan mahupun ke angkasa..aku takkan peduli..Namun untuk menterbalikkannya atau mengubah warnanya..sesekali tidak..

Aku bukan takzub pada liwa', cuma memelihara harta yang ada..Aku tidak sesekali membandingkannya dgn liwa' dan panji Rasullullah, cuma mengambil ikhtibar di atas simbolik perjuangannya.Maka, tidak salah utk aku merasakan ketidakjujuran rerakan yang mempersendakannya.Ada yang persoalkan..ada apa dgn liwa' itu saudara..hanyalah lambang yang tidak bermakna..diplagiat pula dari sumber yang tercela..dipanjang, dipendek, diterbalikkan takkan mngubah apa2.hanyalah gimik melariskan kata..namun pandangan mereka terhijab di dalam dimensi ciptaan mereka..mungkin petikan kisah dapat memberi ikhtibar dan panduan berguna..

" Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, “Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid Al-Walid yang kemudian terus mengetuai pasukan.Wahai kaum Muslimin! Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah "

Di ulang lagi, jangan sesekali dibandingkan bendera negara dgn bendera dan panji Rasullullah..Tidak terbanding dan terlalu tinggi darjatnyer.Namun simboliknya yang perlu difahami.Pengajarannya yang perlu diselidiki.Jgn menjadi angkuh dengan alasan dangkal mengikut telunjuk amarah.Jgn menjadi sombong dgn andaian dan tapsiran yang salah.Semoga kami berjaya mengharungi semuanya.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan Tanah melayu yang ke 51. Semoga semangat ini tetap kekal mekar di hati, semoga keinsafan sentiasa menyelimuti diri. Namun jangan kita terlalu lalai mengagung2kan sejarah yang lepas hingga kita alpa yang kita sebenarnya kini sedang mencipta sejarah

Sekian...

4 comments:

hanis said...

fuyooooh... haibat... haibat... ngeh3

Mogen Ali Rico said...

ape yang haibat?

hanis said...

haibat ler ko berkarya... aku blum sampai taraf ko lagi nih... huhu... penat seh nak kejo.. ha~

Mogen Ali Rico said...

ko nak ajak aku maen kejor yop kejor ker..buleh2..ko lari..aku kejor naik moto..