Wednesday, August 27, 2008

Mengejar rama-rama


Gambar ikhsan dari datin hanis..heheh..thanks

Walaupun tajuk tidak sesekali mencerminkan gelumangan isi namun kerana keinginan empunya kata yang melebihi segala-galanya maka tidak diendahkan tajuknya tetapi menghargai setiap katanya.

Terpicing sudah segala drama dan episod yg diduga mahupun yg tidak diduga dgn rentetan kisah yang mewarnai seri dari sudut sejarah, etika dan perkembangan sosiologi umat secara amnya.Namun ianya bukannya penamat.Noktah terakhir masih belum wujud dan ianya takkan wujud sehingga satu titik penamat dgn tiupan sangkakala yang pertama dan yang pasti ianya tidak akan diketahui oleh sesiapa.Segala yang mungkin insyaallah akan berlaku dan yang tidak mungkin juga tidak mustahil utk berlaku.Untaian persoalan dan gondolan perbezaan tetap berlaku namun ianya adalah rahmat ilahi dalam mengajar kekudusan erti.

Adapun kiranya perjalanan masih lagi jauh utk meramal kesudahannya namun perjalanan yang penuh liku pasti menjelma.Bersama-sama kita mengharungi semuanya dgn tekad dan semangat yang pasti menuju matlamat yang sama.Jgn gadaikan bangsa dan negara hanya kerana nama.

Aku suka mengejar rama-rama yang cantik , kepaknya yang cantik namun terlalu rapuh utk dipegang.Kadang kala aku merengus kenapa ianya dicipta begitu namun semuanya yang berlaku ada nikmat disebaliknya.Biarkan ia terbang menghiasi bumi.Biarkan ia bebas mewarnai bumi.Percayalah tidak semua yang indah boleh dipegang namun ianyanya boleh dirasa di dalam hati.

Hanya yang memahami akan mengerti..sekian

6 comments:

mountdweller said...

lebih tenang bila bersendirian dirimba yang sunyi. saya juga suka lari dari kekalutan.

Mogen Ali Rico said...

kekalutan yang disengajakan..krisis penduduk kota

anakmalaysia said...

kalau ada satu tanah kosong aku nak ambik jadi negara aku sorang... aman damai mengejar rama2 sengsorang... eh dengan teman sorang

Mogen Ali Rico said...

akan sengsorang jer kot anak mesia..hehe

hanis said...

sedangkan adam d syurga masih perlukan hawa.... huiseh... berpuitis aku...

Mogen Ali Rico said...

haibatt haibatt!!!