Wednesday, October 1, 2008

Ber"melayu" di bumi asing.. ke-3

Hari Raya Pertama.

Dalam buaian mimpi aku terjaga dgn deringan talefon..Jam menunjukkan pukul 5 pagi..Aku harus bangkit utk bersiap-siap ke masjid..Dgn hanya bertshirt dan berpelekat..aku menuju ke rumah abrar..Setelah bersalam-salaman kami berjalan kaki menuju ke Masjid utk menunaikan solat sunat hari raya.Sempat juga kami membayar zakat fitrah terus ke fakir2 miskin yang dudok berbaris di hadapan pagar masjid.

Kaen pelekat dan jadi selendang..baru balik semayang raya

Solat Hari Raya tepat pada pukul 6 pagi.Ketika itu suara takbir dilaungkan.Walaupun ianya tidak semerdu suara imam di Malaysia..walaupun iramanya juga tidak sesyahdu sepertimana kita dibesarkan dengannya namun suasana cukup tenang.Beribu2 manusia berhimpun di masjid yang agak kecil namun semuanya tetap teratur.Aku sendiri terpaksa bersolat di bilik wuduk oleh kerana ramainya manusia.Tertanya juga di dalam hati, mengapa kerajaan bahrain yang begitu kaya tidak membina masjid yang indah sepertimana di Malaysia.Mungkinkah kerana riwayat ini dijadikan pedoman oleh mereka? aku pon tidak tahu

Juadah Raya Aku

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai

Setelah selesai kami mendengar khutbah..(walaupun aku tidak faham, abrar pon tidak faham..kami buat2 paham jer) kami terus ke bilik abrar.Nah rupanyer2 mereka sudah awal2 lagi menyediakan makanan.Kari ayam versi Pakistan dan roti kamachi sudah terhidang.kelihatan juga manisan (kir) yang diperbuat daripada hancuran beras dan gula.Teringin nak masukkan gambar2 nyer sekali,Insyaalah nanti..


Ini adalah kir..sedap wooo

Selesai makan dgn lahapnyer..aku mengundur diri utk balik ke bilik utk menalifon keluarga ku di kampung..( lepas makan blah..agak kurang ajar..hikk hikk)

bersambung..

5 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

keling memang macam tu. dia pun sembah tuhan monyek sebab itulah perangai macam monyek.


dan PAS pula sembah tuhan samseng sebab itulah diaorang macam samseng (tapi sesama melayu UMNO aje). dengan DAP PAS kecut perut.

kita sembah Allah yang satu. Lain tu dari Tuhan antara PAS dan HIndraf.

hafiz said...

Selamat hari raya ke 3! Beraya di rantauan memang sedihkan? hmmm pengalaman ini takkan terbeli!

Abg mie terjah itu rasanya tengah meroyan kot hahaha

Mogen Ali Rico said...

hehehe..jgn layan sangat promotion2 die tue..sebuk suruh masuk blog dier.agak2nyer die suke tgk hit counter die naek hari2 kot..hehe..

Raya tanpa keluarga mmg sedih2 tomato..Tahun depan confrim aku amek cuti time raya..tak kire arr..tahun nie saje test power raya tak balik..tahun depan tobatlaa taknak lagi dah..

Snowflake said...

Assallamualaikum
Rico, pertama, ucapan Selamat Hari Raya ketiga dih...
Kari ayam versi Pakistan dan roti kamachi? Gw pasti ianya enak banget, walaupun gw tahu loe miss masakan mummy loe di Malasie.
Hidangan famili gw "Roast Medan" dan juga Lontong Johor bersamaan dengan Laksa Johor. Waduh.. enak dong! Tapi Ric, percaya gw dih.., enak hanya sampai ditekak aja, lepas masuk perut, ish seperti biasa aja, jadi loe ngga ada miss so much.
Wassallam

sparkystar said...

sodap ke bro makan juadah hali laye kat sane?