Friday, October 3, 2008

Ber"melayu" di bumi asing.. ke-4

Jam bergerak cukup pantas..namun ianya cukup lambat bila keseorangan..semuanya terasa kosong..terbeban dgn ruang waktu yang perlu diisi aku kembali ke rumah abrar..Kami mengumpul beberapa org utk meluangkan masa bersama..Nah..cadangannya utk pergi ke pasaraya Carefour yang baru dibuka.Terus kami bersiap.abrar dgn kemeja dan berjean..Fiyaz dgn pakaian traditional pakistan dan kawannya yang tidak pula ku ingat namernyer..Kami berempat terus menuju ke kereta.Astagfirullah..tayar ku tiba2 pancit..terus kami mencari kedai tayar yang berhampiran namun ianya tutup..Tujuan asal hendak ke carefour terpaksa ditangguhkan..Misi utama mencari kedai tayar dimulakan dan alhamdulilah berjumpa juga akhirnya di bandar Manama.Kami meluangkan masa hampir 2 jam utk menunggu giliran..dan akhirnya aku dapat tayar baru di pagi raya..hadiah raya tahun ini utk aku!! sebuah tayar!!!

Setelah selesai kami terus ke carefour..keadaanya cukup padat dgn org2 asing..kami berputar2..berpusing2 tanpa tujuan..mencari sesuatu yang tiada..hampir pukul 2..di tangan masih tidak membeli apa2.perut semakin lapar..Kami terus ke rumah Naved di Alqudaibiya utk makan tghari.Sampai ke sana ada beberapa kawan2 dari pakistan turut serta.Bersalam-salaman..berpelukan ( cara pakistan )..bertanya khabar..nah..nasik beriani terhidang..Aku makan dengan penuh lahap..Kanak2 diberi duet raya..nak taknak aku pon hulur2 kan juga sedinar dua pada bebudak tue semua..Lepas makan..kami sama2 minum Teh masala..Teh yang dimasak dgn rempah..Sedap!!..Kemudian kami bergerak ke Sitra pula berjumpa Fahim..Kami bersalaman bertanya khabar..Dari Sitra kami ke Zarlaq..Berjumpa teman2 abrar.Aku ditugaskan menjadi pemandu kereta..Semua tempat kami singgah..Berjumpa kawan2 pakistan dan aku rasa mcm warga pakistan pula..Mereka menerima aku bagaikan sedara mereka sendiri..Walaupun ada yang pertama kali aku jumpa..namun semuanya cukup mesra..ada yang tidak pandai berbahasa inggeris..namun insyarat tangan sudah cukup menggantikan bahasa..

Dalam kesibukan itu, aku mencari sesuatu yang "Melayu" yang boleh aku ceritakan pada mereka..Aku mencari sesuatu yang "Melayu" yang boleh membezakan mereka..Namun aku gagal..Ternyata mereka hampir sama seperti kita..Berkunjungan, bersalaman, bermaafan, dihidangkan makanan dan tak lupa tradisi memberi duet raya..hampir semua sama..Hanya makanan yang membezakan..hanya pakaian yang membezakan..

ternyata kita semuanya sama...Hari Raya bersama mereka..Suatu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan..

Hari Raya ke 2 dan 3..aku berhibernasi di rumah...

Sekain..

8 comments:

Snowflake said...

Assallamualaikum
Alhamdulillah, terasa juga seperti berhari raya di Malasie dih, cumak makanan dan pakaian sahaja yang beza, tapi takbir raya , rata rata sama..
Wassallam

Mogen Ali Rico said...

Wslam..
Salam raya snow!!Waa bagaimana raya kok tahun ini..harapnya semuanya baek sekali yaa..Beraya disini hanya makanan dan pakaiannya saja yang berbeda..yang laen semua sama..seperti juga di indonesia kan( mcm snow ni penduduk indonesia lak..lalallala)

Snowflake said...

Assallamualaikum
Pagi raya gw menjamu "Roast Medan" ianya "lamb" di makan bersama roti (french loaf gitu) diikuti juga dengan laksa johor dan lodeh. Em.. sedap banget dih... tp yang nyata sedapnya sampai ditekak aja. Jadi bila difikirin, makan maggie juga sama gitu...
Kari ayam versi Pakistan dan roti kamachi? Enak ngga?
Wassallam

Galuh Cendra Kirana said...

Hepp.... Awak, bertuah jd org kita yg bpeluang beraya d rantau org. Apa lg bsmama2 sodara2 (waduh2!) seIslam... Salam Idulfitri yea, Cik Mog.. Maaf Dzohir Btin.. (Meh salam ngan sayer meh. Tgn dh sapu losyen nih). Hihihi. Snow pun skali meh..muah. (Utk akak snow jer keyh)

mountdweller said...

Salam aidil fitri buat sdr mogen ali.

memang kita sama tidak kira di mana kita berada. asalkan kita adalah islam. kami beraya di sini pun macam tu jugaklah sembahyang raya, ziarah, bagi duit raya, bersalaman/berpelukan dan bermaaf-maafan.

harap sdr juga masih sihat walau pun perut dipenuhkan sepenuh-penuhnya semasa raya. maaf... itu tabiat saya! alhamdulillah saya masih juga sihat.

Mogen Ali Rico said...

salam snow..
Kari ayam versi Pakistan dan Roti Kamachi pon dah bersyukur..kalo tak makan biskut cecah nescafe jerlaa.Tapi "kir" tu sedap..sedap sebab manis..huhu

Kirana..
hepp!!(trademark)..Hehehe..mohon maaf jugaklah semuanya yer dari kutub utara sampai ke kutub selatan(sambil tersipu2 unta)..salam cium tangan baru dapat duet raya tau..hikk hikk

Saudara Mountdweller..
Saya setuju..dlm mencari kelainan yang dijumapa hanya persamaan..semuanya hampir sama..Rasanya..baek Melayu Malaysia..Melayu indonesia..Melayu brunei.Pakistan, arab, india muslim hatta cina muslim semuanya menyambut dgn cara yang sama..

Teringat zaman2 peluk tin kacang sambil tgk tv..Abis sebalang amik lagi..Kueh raya dalam balang habis kene kepit.Insyaalah tahun depan..taknak laa buat kerja gile tak balik raya..

~ujicham~ said...

aha.. tobat dah ko ek.. takpelah, rasakan sekali seumur hidup pun dah ok.. dari tak rasa langsung.. atau tiap tahun sama je.. ye tak?

Mogen Ali Rico said...

aku rasa raya haji pon aku akan mengalamai naseb yang sama..uhuk uhukk..sadiss