Monday, October 20, 2008

Sekilas kata..sedalam makna

Gantung atau putus..
Jangan benarkan lidah mengukir kata mengikut rasa
Pastikan istikharah menjadi pengantara..
Catatan Allah untuk kita, memang tidak terjangkau oleh akal
Pun semua yg terjadi mempunyai sebab dan akibat yg hanya dia yg maha mengetahui..

Bermunajatlah selalu padaNya
Panjangkanlah sedikit sujud dan doa
Sementara malam-malam yg dilalui masih kosong tanpa sesiapa yg menganggu

Ayu pernah kata,
Biarlah luaran kita Nampak rapuh,
Tapi tidak di dalam.. terutamanya di hadapanNya
Kata dia lagi, bukanlah nak menggalakkan org menjadi talam dua muka
Tapi, masyarakat dan budaya kita secara tidak langsung membentuk kita menjadi begitu
Dia kata lg, yg penting Allah tau kita berada di paksi yg betul

Wallahua’alam

Ikhlas dari,
Hairani Bte Ismail
Seorang secretary yang merangkap ibu, kakak, sahabat, rakan, kaunselor, teman dan segala-galanya.

Terima kasih yer kak..nanti jumpe kita borak sampai pengsan..

10 comments:

Qaseh.Darwisy said...

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Monkey D Luffy said...

mendalam maksudnya. mesti masalah besar ni

~ujicham~ said...

again... speechless.

hanis said...

agreed with qaseh...

mountdweller said...

Betul, semuanya betul. bersandarlah kepada takdir. Perancangan Allah adalah yang maha sempurna.

Alhamdulillah saudara sudah menemui pangkalnya walau pun masih mendongak ke pucuk.

Mogen Ali Rico said...

ninie!!!
ThaNKSSS!!!AKu percaya jika aku kehilangan sesuatu, mesti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang-kadang amat susah untuk dimengerti, namun aku percaya, ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.

captain
masalah kecik atau besar..masalah ttp masalah..aku tak dapat lari dari hakikat

Uji rashid..
Speechless lagi!!!aku tak kire ko kawen nanti ko kene buat ucapan dpn org ramai

nis..
indeed that true statement!!

saudara mountdweller
Alhamdulillah..pada hakikatnya sudah berjaya menemui tunjangnya namun tetap saya ttp mendongak ke pucuk..

whitetomato said...

Salam..abangku,
sebagai hambanya yang maha kerdil,
sentiasalah bersyukur di atas segala kurniaanNYA,
sentiasalah berlapang dada di atas segala dugaanNYA..

segala yg pahit dan yg manis adalah dugaan dariNya jua..
jgn alpa jika dinugerahkan dgn kemanisan hidup,
jgn menangis atau mengeluh jika dianugerahkan dgn kepahitan hidup..

hanya DIA yg maha mengetahui,
segala yg tersirat, di sebalik yg tersirat..

tanggungjawab sebagai KhalifahNYA itu adalah lebih utama..

Allahua'alam bissawab..

whitetomato said...

UPPSS.. typo error..huhu

hanya DIA yg maha mengetahui,
segala yg TERSURAT, di sebalik yg tersirat..

Mogen Ali Rico said...

Ayuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hepp..sempat bermadah yerr..peksa peksa..lepas peksa ajak mama papa gi cuti2 mesia..abang mir nak join!!!!!!!

whitetomato said...

adoii.. sama jek dgn skrip mama tuh!! bagilah can relax jap..

arini xde paper la..break 5 ari..28th start balik..sampai 29th..pastu abes dh.. 29th mlm tu mama buat mkn2, jgn lupa dtg tau.. huhuhu