Thursday, December 17, 2009

Bahrain National Day



Lets the picture speak in silent..

Friday, December 11, 2009

How to Burn Calories Without Exercise

How to Burn Calories Without Exercise

To lose weight, a person must burn more calories than he or she consumes, but this isn't done only through exercise. Calories are burned while doing housework, reading and even sleeping, and the amount of calories burned during everyday activities can be increased if you know how.

1-Go to bed hungry. Instead of eating a late dinner or having a snack before bed, retire on an empty stomach. Your body has to burn some calories even while you're sleeping, and if there isn't any food in your stomach when you go to sleep, you'll wake up a little less fat than when you went to bed.

2-Drink ice water. You'll have to burn some calories to heat the cold water to body temperature. If you drink 8 glasses of ice water a day, you'll burn about 70 calories.

3-Fidget. Tapping your toes, drumming your fingers, doodling and even chewing gum all burn some calories. Ignore the advice of your parents and teachers, who wanted you to learn to sit still.

4-
Laugh. You'll burn 20 percent more calories watching a funny movie than you would if you watched a drama. You can also watch comedies on TV, see comics perform live and read funny stories.

5-Eat spicy foods. Spices like cayenne pepper, cumin and curry have been shown to increase your metabolism for a few minutes after eating them, burning a few more calories than after eating bland foods.

6-Add protein, especially dairy foods, to your diet. This will keep your body from breaking down your muscles for the protein it needs, and the more muscle you have, the more calories you will burn.

Wednesday, December 9, 2009

Hanis Dan MDO dah kawen!!!



Aku malas nak edit..sila tgk dari posisi dri bawah ke atas ( ahakkkkkk)

Wednesday, November 25, 2009

burpp sweet burppp


burppp..burpp burppp ...burpp laa burpp..burp burp burpp..hah..burpp..alaa burpp burp burpp jer.ok..nanti burpp..kita burp burpppp lah..okies..tapi burp burpp..mane burpp kat burpp burpp burppp lagi..ooo..burplah senang..burppp burpppp pastu pottt pooootttttttttttttt..

sekain..

Friday, November 6, 2009

Saya rakyat jelata yang tidak melata..



Country vs Country
Politician vs politician
YB vs YB
Religion vs religion
Race vs race
Tribe vs tribe
law vs law
Blogger vs Blogger
Rakyat vs Rakyat

Weh Malaysian..stop fighting lah..
but thanks to them for being the best and showing us what malaysian can be capable of.
( kenapa ade certain blog kalo dibaca rasa sungguh benci)

Wednesday, October 28, 2009

Malaysia yang semakin kelakar


Indonesia dengan rusuhannya..
Thailand dengan tentera bersenjatanya..
Filifina dengan rasuah yang berluasa..
Malaysia?

Malaysia yang makin kelakar ...makin lucu..dan makin ghairah meruntuhkan negaranya..tahniah



Monday, October 26, 2009

Jgn salah faham..



APAQARHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Apakah maksud semua ini..ohh tidakk!!!!..

Jgn salah faham..lain bahasa..lain ayat..lain maknenyer..jgn terlalu mudah utk salah faham.
Saya mahu bekerja di syarikat ini kerana trucknyer sangat cute dan bewarna kuning..kah kah kah..

sekain


Thursday, October 15, 2009

burung...

Umpama burung di dalam sangkar emas..hidupnya mewah..makannya enak..semuanya tersedia..Merancang utk terbang bebas ke awan namun kaki terikat di perbingkaian..

Tuan..Kenapa aku tidak boleh terbang bebas??

"Apa yang kau mahu di awan? semuanya sudah tersedia di sini..jgn kau terbang ke awan..nanti kelak kau akan ditawan..kau tak tahu apa yang terjadi pada masa hadapanmu..aku lebih tahu ttg dunia kerana aku sudah lama hidup darimu..kau harus ikut cakapku..biar aku yang tentukan nasebmu..kau duduk di sini..aku jamin kau akan selamat.."

tapi Tuan..

"kau jgn degil..kau ikut saja ckpku..jgn melawan kataku kalo mahu selamat"

Tuan..aku sedar aku masih mentah dalam menilai ttg dunia..aku akui aku byk terhutang budi padamu kerana menjagaku..tapi..aku harap tuan tidak lupa..walaupun selamatnya aku disini..walaupun mewahnya aku disini..walaupun jaminan masa depan yang kau risaukan akan sentiasa menyebelahi aku..

AKU TETAP BURUNG..DAN MMG SIFATKU UTK TERBANG..JGN MENIDAKKAN FITRAHKU HANYA KERANA MASA HADAPAN..KERANA AKU PON TIDAK TAHU SAMAADA AKU DAPAT MENGHABISI HARI INI DENGAN SELAMATNYA..

Friday, October 9, 2009

Plan diet yang gagal dan songsang

"Kau kena jaga pemakanan..hari2 makan nasik beriani ayam ngan daging mane boleh jadi" tegur abrar dengan muka yang kelat.."kau pon aku tengok makin gemuk" tambahnya lagi sambil mata menumpu ke perut aku

"Yelaa..tapi aku mane pilihan..tghari makan kat kantin opis diaorng jual nasik beriani..malam balik kerja aku singgah beli nasik beriani..tak dapat beriani ayam..aku makanla beriani daging" kata aku dengan nada kesal

"tuelaa..aku suruh kawin ko tak nak..kan senang kalo ade bini kat rumah..ade org masakkan..pakai minyak bagus..byak2 mkan sayur..kat kedai semua pakai benda xfresh" terang abrar

"yela yela" aku mengalah sambil memandu..Malas aku nak bertekak ngan org tua nie pasal makanan..makin dilayan makin panjang ceramahnya

"Malam ni kita tukar makanan..kita pegi kerala restaurant..kita makan sayur jer" arah abrar sambil menunjukkan jalan

"hmm..ok" jawab aku sambil merancang nak pegi MCD sebelum balik rumah

sesampai di kerala restaurant

"abrar..camne nak order nie?" tanya aku sebab kedai nie takde menu

"Malam nie kita makan alu palek ( kentang + sayur alu) dengan bendi + kerla ( sayur bendi dimasak ngan sayur kerla dengan kuah kari pekat). makan ngan roti..hari2 makan nasik bahye" terang abrar dengan bersemangat

"hmmm..tambah kari ayam boleh tak?" tanye aku dengan muka penuh harapan

"ayam lagi???..xboleh..makan kari ikan jer" jawab abrar sambil mengorder dengan bahase ape pon aku tak tau

makanan pon sampai...dan setengah jam kemudian

aku makan 4 keping roti canai dan abrar belasah 5 keping!!!

Thursday, October 8, 2009

Raya 2009..

Aku lewat ker??aku lambat ker?tak kisah laa janji raya sebulan kan..aku tgh kemaruk buat2 video yang berkualiti rendah nie sebenornyer..aku rasa pasni aku kene carik video cam lah pulak..nak buat hobi baru..isk isk isk..xdapat video cam aku buat 3Gp kang!!! lalalalallalalawikkk

anyway, raya tahun nie aku tak beraya sangat ke rumah member ( mmg tak der pon beraya ke mana2) sebab cuti raya seminggu jerk..lagipon dok rumah pon tak puas lagik sambil melantak lemang ketupat sambil mengumpat jiran2 tetangga yang lain..aku rasa masa puasa aderlaa turun sekilo dua..itupon sebab terlupa bgn sahur tapi bila berbuka mmg tak hengat..satu periuk makan satu malam..tue pon siap kikis2 montot periuk nak makan kerak..tapi belasah jerlaa..tapi tahun nie tahun yang aku rasa happy..masalah kurang..hati ceria..kerja walaupun bayak tapi hati puas..rasanya kalo ade anugerah tahun yang paling best..tahun 2009 yang paling best..

Bila berpuasa di perantauan nie..yang paling kita ingat masa berbuka pose ngan family..pegi bazar ramadhan..pergi terawikh naek beskal ngan member2..buatnyer 8..tapi gi lepak tepi pantai pontian mcm org buat 50 rekaat..carik baju raya..kasut raya..aku nie jenis jarang beli barang tapi bila nak raya mesti nak membeli2 nie..tapi okla setahun sekali kan..kalo tak jgn harap aku nak berangan beli2 barang nie..tapi yang paling best..teringat boss lama aku si jesper selaku boss yang paling rock dan paling best di abad ini.Dialah pedajal goda aku bukak pose dengan air coke berais..api die jugak yang ingatkan aku utk berbuka pose..siap kasik kurma..kaisk cookies..sanggup tunggu sampai waktu berbuka patutnye kerja 6 jam jer..die pon balik lewat sama2 masa kitaorg sebuk dengan transition plan ke port baru..die best..kalo aku jadi boss...aku nak jadi mcm die..kalo tak leh..takyah jadi boss pon takpe..

takperlah..masing2 ade life masing2.,,die pon dah jauh ke holland..boss baru pon oklaa..dengan word "cool!!!" die..aku pon tak paham..ade problem pon cool..takde problem pon cool..tak dapat aku proses gerak tari beliau..so..raya tahun 2009 nei best..looking forward for raya haji pulak..nak balik lagi!!!!!!!!!!!!!!! yeayyy

Tuesday, October 6, 2009

listen to memories


Malam nie aku rindukan semua member2 kat GPRO technologies Bhd.Entoh apesal tah aku pon tak tau..dah hampir 4 tahun aku tinggalkan diorng tapi..hmmm entoh..aku pon tak tau laaaaa..ape nak jadik ngan aku nie..yakdish yakdishh..

Keputusan melangkah keluar dari company nie byak mengubah rantaian hidup aku..walaupun pada mulanya aku meroyan nak balik semula..ternyata..tak semua yang kita mahukan adalah yang terbaik utk kita..so jgn give up..bersihkan hati..lembutkan hati..maafkan semua org..ceriakan semua org..insyaallah..pasti ada ganjaran yang akan dikurniakan

aku dah update blog?? ngeh ngeh ngeh..dah byk sawanggg



thanks to rachel yang bagi lagu nie pada aku..aku siap nyanyi2 lagu nie nak kasik die tahu lagu ape tapi ternyata lirik ke laut..tapi die mmg cekap memproses nada-nada sumbang yang aku dendangkan..yeahhh..



Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Amir


Kengkawan...raya dah nak dekat..puasa pon dah nak habis..tiket pon dah takde..kueh raya ada yang dah makan..lagu raya ade yang tgh download..kad raya masih belum hantar..baju raya ada yang tgh jahit..kasut raya masih belum beli..songkok masih pakai yang lama..kerja pon dah takde mood..otak dah pikir kampong..kaki dah pikir nak melencong..hati dah pada org tersayang..perasaan dah melayang layang..

walaupunpaper pon yang terjadi..raya tetap lagi beberapa hari..yang tak balik raya..raya tetap raya..yang baju raya tak sempat..raya tetap raya..makan tetap makan..puasa tetap tak boleh masa raya pertama..putaran masa takkan pusing kebelakang..pergilah ke Canada..walaupun 8 jam kebelaknag..kita tetap menuju raya..

oleh yang demikian..bila raya tiba..org akan mula memohon maaf..walaupun maaf patut dilakukan setiap hari,org ttp nak tunggu raya.walupun kampong sekangkang cucu kera..baru pikir nak balik raya..walaupun duet gaji berlebih setiap bulan..nak kasik mak bapak mesti tunggu raya..yang tak pernah datang rumah jiran,mesti nak datang masa raya..yang tak pernah semayang pon..tetap nak semayang raya..

Yang baek dan buruk semuanya ada..setiap insan di bumi pasti pernah melaluinya..yang pahit, tawar manis semua pernah dirasa..inilah hidup sebagai manusia..yang tak pernah lari mengejar dunia namun akhirat jua tempat persemadiannya..

Maka..dengan rasa rendah diri dan penuh kekesalan, hamba yang pacal yang mulia tiadalah hina ini memohon ampun dan maaf atas segala keterlajuran kata dan perbuatan secara sedar atau tiada sedar yang mungkin menyinggung perasaan dan mengundang sayugia di hati kalian.Hamba memohon maaf yang tidak terhingga jika ada terkasar bahasa, kelancangan bicara kerana hanya setitik tinta yang tidak direstui bisa meranapkan sebuah perhubungan.

Selamat menyambut Hari raya Eid fitr & maaf zahir dan batin

sekain..




Sunday, August 30, 2009

Kalam yang berkata-kata

sewaktu kalam ini terungkap..ade perkara yang tersirat yang perlu difahami..ade perkara yang tersurat yang perlu diperhalusi..keputusan yang diambil bukannya kerana diri..namun ianya kewajipan yang hakiki..namun atas kekurangan ..atas kesilapan silam yang memakan diri..diri terus dihukum..diri terus diikat..kebebasan disekat..dan aku tidak lagi punya diri..dlm memicu pelayaran hidup yang aku sendiri tidak ketahui..

sewaktu kalam ini digubal..warna hitam dan putih menjadi taruhan..lebihnya yang hitam..yang putih tidak lagi kelihatan..aku dipersimpangan memilih warna..warna yang menentukan tujuan..tujuan membawa ke perhentian..aku hanya punye dua pilihan..hitam dan putih..namun aku lebih rela memilih jaluran di tengah..warnanya kelabu namun jalurnyer amat halus..namun lebih baik dari memilih antara salah satu nya..kerana ku pasti..jika salah satu kupilih..ketawa dan tangisan yang menemaniku sampai bila2..

sewaktu kalam ini berkata-kata...aku sudah tidak punya kuasa utk memilih..aku tidak punye tanggungjawab utk merancang..namun berputus asa bukanlah alasan..akan ku tuju jaluran kelabu itu..walaupun halus ..walupun kelam..namun aku pasti..tiada siapa yang menangis..tiada siapa yang terkilan..kerana aku tetap aku..

Aku beralah namun xbermakna ku kalah..

Wednesday, August 12, 2009

Hebatkah aku??

Sedang aku menyangkul gunung, terasa panas bahang sang matahari..Tertanya2 aku di dalam hati..kuat betul sang matahari..kan bagus kalau aku jadi matahari..Ditakdirkan..jadilah aku matahari..

Sedang aku bersinar menyinari bumi,dihalang pulak dek sang awan..Tertanya2 aku di dalam hati.kuat betul sang awan..kan bagus kalau aku jadi awan..Ditakdirkan..jadilah aku awan

Sedang aku memayungi bumi dari matahari, ditiup pulak dek sang angin.Tertanya2 aku di dalam hati.kuat betul sang angin.kan bagus kalau aku jadi angin..Ditakdirkan..jadilah aku angin

Sedang aku meniup2 sang awan, dihalang pulak dek sang gunung.Tertanya2 aku di dalam hati.kuat betul sang gunung.kan bagus kalau aku jadi gunung..Ditakdirkan..jadilah aku gunung

Sedang aku menahan sang angin, dicangkul pulak oleh manusia..

Dan aku baru sedar..Hebatnya aku dulu..

Friday, July 31, 2009

Please help me finish this song





Mogen in Imeem



Just fullfill my weekend time with something new.Please feed me with some lyric and song title.I know the guitar plucking isn't nice but i'm still working on it.New gadget also need to buy to get better sound but who care..Enjoy the music and please do comment.

A Simple Hug Can Change A Persons Day

Hug the one you love everyday..You Can Make a Difference

Saturday, July 25, 2009

If you think you are happy..think again!!

"Muka aku nampak happy jer kan??"
"kitaorg ok jer..even selalu gado lately but kitaorg happy to be together"
"aku jenis malas nak gaduh..aku diam jer kalo die buat perangai.."
"Aku kat opis buat kerja aku sendiri , ape boss suruh aku buat jer.."
"Bapak aku suruh amek course nie..aku ikut jer"
"Aku bukan taknak kawen, byk perkara aku kene setelkan dulu"
"Aku serah jer pada takdir..kalo aku ade jodoh..adelaa org minat kat aku"
"Aku happy dengan kerja aku skrg, wlaupun aku takde masa sgt utk life sndiri"
"Wahh..tahniah..ko dah dapat baby..aku lom ade rezeki lagi"
"kawan2 aku semua dah kerja..aku jer belum ada rezeki"
"Pakwe aku kantoi tipu aku smlm..naseb baik die mengaku"
"Majlis kawen aku bulan depan..aku layan kan ajer"
"Aku tak berani nak ckp aku suka kat die..die dah ada awekla.."
" Mak aku tak tahu lagi hubungan aku ngan die..aku takut lah nak bagi tahu"
"Aku dah seriklah bercinta..aku happy dengan life aku skrg"
"Suami aku kat utara..aku kat selatan..kitaorg selalu jumpe time weekend jer"
"Aku terpaksa hantar anak aku kat kampong, mak aku jaga.."
"Aku tak balik raya tahun nie..aku kene kerja"


Babe..if you can't make your self happy..you can't make to others..
and that's the only point i want to share...
~tata~

Tuesday, July 21, 2009

Versi tak sama..

Gua baru lepas maen ngan galuh...

versi gua...

lai lai si lai
sofami sekolaaa
lion lion tab tab tab
lion lion tab tab tab
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10

Versi galuh...

daaa daa desi daa daa
desi mesi ko
leyo leyo tap tap tap
leyo leyo tap tap tap
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10

galuh sudah mahu tido...gua pula pi carik talepon..
machaaa!..shawarma 2, chicken kebab 1!!

Tsunami esok - acah jer

Ape kate singapore??

Professor Kerry Sieh, director, Earth Observatory of Singapore, said: "In the last 110 years or so, there have been about 85 really big earthquakes — 8 (on the Richter magnitude scale) or greater. And only two of those occurred on the same day as an eclipse. And even those were a partial eclipse, not a total eclipse. They happened in a different place from where the eclipse happened."

Apa kata malaysia??

Penyebaran Artikel Jangkaan Berlaku Gempa Bumi dan Tsunami Pada 22 Julai 2009Satu artikel mengenai jangkaan akan berlaku gempa bumi dan tsunami pada 22 Julai 2009 telah tersebar luas di dalam laman web. Gempa bumi ini telah dikaitkan dengan kejadian gerhana matahari yang akan berlaku pada tarikh tersebut.Berdasarkan rekod kejadian gempa bumi terdahulu, didapati tiada hubung kait kejadian gempa bumi dan gerhana matahari. Sebagai contoh, semasa kejadian gerhana matahari pada 1hb. Ogos 2008, tiada gempa bumi yang direkodkan berlaku. Oleh itu, kesahihan andaian penulis artikel tersebut adalah diragui.Orang awam dinasihatkan mendapatkan maklumat kejadian gempa bumi dan tsunami melalui Jabatan Meteorologi Malaysia yang memantau sepanjang masa.Jabatan Meteorologi MalaysiaKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi5.30 petang08 April 2009

Ape kate ahli sains

The tidal forces are also stronger when the sun and moon are inline. The thought is that the liquid hot magma beneath the tectonic plates must also follow a similar principle. The earth rotates beneath the moon faster than the moon orbits the earth. So in theory a few hours before / after the eclipse you could have some shifting in the tidal magma beneath the tectonic plate. The whole day of 22 July 2009 will be interesting. The earth will rotate in the summer so that the northern hemisphere is facing the sun. The moon will cross over 3 distinct tectonic plates known for earth quakes on that day. It’s perfectly possible there will be some pretty heavy earthquakes in those regions on 22 July 2009.

http://www.docstoc.com/docs/7778046/TSUNAMI

Apa kata pemerhati??

Ade berani mahu tgk list gempa bumi terbaru..sila picit di sini

Apa Kisah saintis italy yang meramal gempa bumi tapi bebudak tak amek pot..sila gegar link di sini

http://www.alertnet.org/thenews/newsdesk/L6566682.htm

Apa pasal lak ngan Smith Thammasaroj punyer cerita..kasik layan

http://academic.evergreen.edu/g/grossmaz/FRENZBG/

APa kata aku??

Kepada penduduk lambir, miri, sibu..sila hati-hati..sila bercamping di atas bukit sebagai tanda setiakawan..sekain..

Sunday, July 19, 2009

Yang nak kawen..sila ke sini

Keterangan layut..sila maen surfing kat sini :- http://www.urbanvibe.com.my

Sunday, July 5, 2009

bau mu umpama teh susu


The love i've been dreaming of..
is all so close to me
but all i can do is
just watch you without words
in the city of strangers
i live day by day painting love
waiting and hoping that you'll be here
with the scents of tea..keh keh keh

Saturday, July 4, 2009

Kimi wo mamoru kara..

Love you hajimete atta no wa mushaberi no ame datta ne
Love you when we first met, it was raining silently
Kimi wa ame no naka de mou wakaru naiteita
You were standing there, and now i realize you were crying
Love you sabishi kokoro wa kitsusou ugoki wa attatte
Love you you were acting as if you were lonely and hurt
Boku wa kimi no ichi byou boku wo ki ni shiteiru yo
in one split second, i found myself enamored with you

Kimi ga namida wo nagasu kanashimi wa wakaru kara
I understand that you're crying because you're sad
Boku wa soba ni itain da kimi no namida wo subete uketomeru
I want to stay by your side so i can wipe away every tear

Kimi no koto mamoru yo boku wa
I'll protect you from now on
Kimi wo kurushimeru subete wo koko kara
From everything that makes you hurt
Rikai nani mo dekinai nandemo boku wa kamawanai
i'll never understand why it happens, but i don't care
kanpeki ni wa dekinai keredo
It's not gooing to be perfect
demo zettai ni oshiawase ni suru yo
but i swear i'll make you happy

Boku wa chikau yo donna toki demo kimi wo mamoru kara
I promise, i'll protect you, forever and ever

Friday, July 3, 2009

Melangkahi waktu

Antara langkah dan waktu..kita sering bergaduhan....
Perbuatan, percakapan dan penulisan..
adakah ianya sentiasa seiring??

Thursday, July 2, 2009

Antara kaki dan sang bulan


Disebalik celahan kaki ini.ada kisah yang perlu diceritakan...
namun pada yang lupa..maka jadilah ia rahsia..

bila rahsia ini dipecahkan..maka jadilah ia cerita..ditokok tambah penambah rasa..maka jadilah ia hikayat cinta..terkenal hingga seluruh dunia..

Zaman ditelan masa..masa ditelan budaya..hikayat dikaji diolah sang pendita..menjadi kitab rujukan sang pujangga..dilayar dilakon sepenuh masa..dikembang mengikut perkembangan dunia..jadilah ia kitab termasyur di dunia..menjadi azimat sang pecinta..

namun..bila diputar ke cerita asalnya..hanya kisah kaki bercagu semata2..

sekain.
Jika anak aku dapat membaca post ini di masa hadapan..percayalah kaki daddymu ada disana..
( mama jgn marah daddy yer..kih kih kih)

Tuesday, June 30, 2009

Bunga wanita..





"Tak usah ditanya mengapa ku pilih..Bunga yang mewangi terliar berseri..Yang tak akan nampak di mata pun..Berwarni dari lain-lain..Segan untuk aku sapa..Walau ada maksud yang ku sembunyi. Pernah ku mencuba terima seadanya..Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku..Hingga lelah jiwa ku dikecewa..Yang tak mungkin berpaling kembali..Namun ku yakinkan nanti..Tuhan pasti beri gantinya.Ku mohon kau yang indah pada mu..Untuk ku tatap menawar resah ku..Kekal aku di situ harungi cinta. Dan aku pohonkan yang baik..Bersantun kata kata tentang cinta..Bicarakan rindu pada ku...Mengharum selamanya "

( J.S. Kevin / Musa Exist )


Wanita dan bunga adalah sinonim yang akrap walaupun tiada juzuk khas mengenainya.Wanita sering diumpamakan bunga yang mekar mewangi di himpunan kebunan bunga yang indah dan datanglah sang kumbang mencari bunga sebagai pelengkap rantaian dunia.Itulah kosa kata yang sering digunakan dalam penyampaian kata dalam konsep rumahtangga kepada peserta2 kursus kahwin sekitar ibu-ibu kota yang terkenal di dunia.hehehe
Poyo tul ayat mcm nie kan.

Wanita itu bunga..baunya yang harum umpama dewi kayangan..kulitnya yang cantik bak awan gemawan ..warnanya menawan bak merak setiawan..gerakannya yang gemalai bak angkasawan ( erk..belasah jer) ..walau tangkainya berduri tetapi worth it untuk ditawan..hhiihihikk

Wanita itu bunga..jgn takut jika masih di taman..sang kumbang xkan putus2 datang..mencari kuntuman2 bunga untuk dijadikan teman.Berilah mereka peluang..berilah mereka ruang..setiap yang diciptakan berpasangan..walaupun putera menjadi igauan..jgn dilupa pada si kumbang..kerana kumbang menghuni di taman ..sedangkan putera tempatnya di kayangan.

kembalilah ke bumi..fikirlah di hati..rasionalkan setiap tindakan..buang emosi ke kiri ke kanan..gantikan dengan penilaian yang kudus dan ihsan..insyaallah..bila berada di terowong yang gelap..pandanglah ke depan..cariklah cahaya di hujung jalan..nescaya ada keretapi yang dalam perjalanan..nanana
Yang berfikir dan asyik berfikir dan tetap berfikir mahu mencari yang sempurna..fikir-fikirkan lah..
xsemua yang sempurna adalah sesuai utk kita.Tugas kamu utk jadikannya sempurna..

AWAS!!! kawasan bunga di hadapan..sila cukur bulu kaki anda.sekain