Thursday, August 28, 2008

Memandang ke langit...

Hari yang panas..aku teragak2 utk keluar ke laman pejabat utk membakar peparu yang aku rasa hitamnya mengalahkan buntut Nala.Tapi aku turutkan naluri jantan utk gagah berjemur walaupun aku tahu tiada sapa yang akan bersorak.

Sambil2 aku memandang ke langit..nampak gaya hujan takkan turun..cuacanya cerah tidaklah mendung.Ada yang kata mendung tak bererti hujan..namun ada yang bersurah, jgn disangka panas sampai ke petang takut hujan di tghari..Namun aku tegaskan mendung bukannya penyebab hujan..mendung hanyalah sifat yang mewakili tanda..namun tanda tidaklah berkuasa apa2.Mereka tetap tidak percaya..Panas dan hujan tetap dibicarakan oleh mereka..dicanang seluruh kota.diwartanya pada segenap negeri hingga ke lorong dan pasar-pasar utk memperluaskan ideologi.

Pabila kepelbagaian ideologi memenuhi benak dan mula berkalutan sesama sendiri.Maka berbondong2lah mereka mempertahankan idealogi yang dianuti hingga tersasul melampaui dan mencabar makrifat pencipta..dan akhirnya suatu masa mereka sedar hanya kalam ilahi yang menentukan segala-galanya.Hanya dialah yang bersifat maani yang maujud pada sekalian alam.

Rintik-rintik air mula kurasakan menempias telinga.Nak disangka hujan namun tiada mendung..Nak disangka panas namun terasa rembesan air di cuping telinga. Lalu didogakkan kepala mencari rembesan punca..ternyata kami semua silap...

..dan alat penghawa terus merembes cecairnye tanpa mengira ideologi sesiapa



Aku bukan ustaz jika berjaya mengungkap sebaris dua perkataan arab.Hanya menceriakan untaian kata dan perlengkap makna.

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Kita semua mempunyai idea yang berlainan dalam isu apa pun. Apatah lagi politik.

Namun, biarlah idea atau sokongan politik kita itu tidak menjelaskan ukwah dan siratulrahim sesama kita.

*Semasa Mak Cik di Abu Dhabi dan Dubai dulu, tak sanggup keluar bangunan sebab tak tahan panas inikan pula nak berjemur!!

Malah di Makkah atau Madinah pun begitu, keluar dari hotel bila perlua sahaja, sebab bahang Padang Pasir agak lain dari panas di Malaysia ini.

WaAllahuAlam.

Mogen Ali Rico said...

wlsm..
Betul tu makcik..cuaca cerah mcm biasa tapi bila kluar rumah bahangnya tuhannya jer yang tahu..tapi tak lama..bulan 10 nanti cuaca sejuk pulak..masa sejuk tak sabar nak panas..bila dah panas tak sabar nak sejuk..mcm tuelah

hanis said...

ringkas tapi padat... bravo... bravo...