Tuesday, September 16, 2008

Berkelahi dgn sang angin..




Di kala sore mula melabuh tirainya, aku duduk berteleku di ambang pintu menanti jawapan sang waktu..Aku dihimpit imbauan kenangan bersama teman yang menggamit denyutan nadi menemani deruan nafasku ..Umpama layar putih dilayarkan kisah gembira namun hanya aku yang menonton..gelak tawa ku keseorangan..tangis hiba ku bersendirian..namun aku pasrah kerana ternyata akulah yang membuat pilihan.

Mereka umpama jutaan sang bintang yang bertaburan di kayangan , walaupun jauh namun tetap berkelipan..bersinar di hati yang dirundung rawan..setia menemani dikala aku keseorangan..Namun di antara jutaan bintang..hanya satu yang paling menawan.Sungguh berbeza kilauannya..Amat sempurna sinarannya.. tak seperti bintang pada umumnya..dan andai dapat ku petik bintang di langit, maka akan ku pilihlah ia ..ternyata amatlah indah utk ku jadikannya kerongsang azimat penyeri cahaya..

Namun sang angin berbicara..Sedarkah kau sedang memburu apa?? kau sedang memburu mentari dan kau takkan mampu menggapainya..kau hanya mampu memandangnya dan kau tak sesakali layak utk bermimpi tentangnya..adakah kau lupa.bukankah mentari itu juga sifatnya bintang? Dimana pula taat setiamu pada sang bulan??

Sang angin..kenapa kau persoalkan taat setiaku pada sang bulan??Apa yang kau tahu tentang kesetiaan??Adakah kau setia pada sang lautan atau kau setia pada sang daratan??.Mengapa kau bertiup dari lautan ke daratan di siang hari dan menukar tiupanmu di waktu malam.??Dimana setiamu pada sang lautan? dan mana setiamu pada sang daratan??Tidak kah kau sedar..Aku hanya suka kepada bintang dan aku amat cinta pada sang bulan..Kau harus tahu..bulan itu hanya satu..dan tidak akan ada duanya di satu masa..kenapa perlu disamakan antara suka dgn cinta..Bukankah pengertian maknanya cukup berbeza??

PRakkk!!!..aku menghentak meja lalu menoleh ke kiri ke kanan..Aku berkelahi ttg bulan dan bintang..Namun aku sedar..aku masih lagi sendirian..

Berpuitis dan berpujangga bukan hendakku..
ianya lahir dari hati ..mengalir ke pembuluh darah dan terzahir dgn kalimah..adakah aku mengidap SINESTESIA???


Nota Kaki yg Busuk
Deria individu (rasa, penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau) bercampur aduk antara satu sama lain dan digambarkan sebagai deria yang berkecamuk.Menurut pakar neurologi, sinestesia bukan setakat menjadikan manusia agak puitis tentang kehidupan mereka tetapi dari segi sains, otak mereka sebenarnya didawaikan secara berlainan.Individu dengan keadaan ini mempunyai tekstur yang berbeza.

Sekain..

16 comments:

Wardrobe kita said...

adeh..bebelit mental qaseh nk pahamkan ayat2 tu..ssh btl la..

buat MLM lg sng dari buat ayat2 tu..lalallllaaalllaalllaaa...

hanis said...

sang bulan hanya satu maka setia lah kamu kepadanya tanpa berpaling pada sang bintang....

ku yakin kekuatiran sang bulan pada sebab2 akan datang... di saat suka bertukar cinta... maka parah lah ia pabila sang arjuna cinta berpaling dari menatap lagi sang rembulan...

sekian..

~ujicham~ said...

"Eeiii.. puitisnya ayat En. Mogen."

"Ayat Cik Hanis pun tidak kurang hebatnya.."

"Aduhai.. seperti salju disirami mentari.. hatiku mencair."

WAK JONO! said...

bila bulan bersatu dgn mentari
bayangku hilang diselubungi kerdip nurani
mencurah kasih
kasih murni

Galuh Cendra Kirana said...

Yakinlah, arjuna...

Bintang itu beribu dan bila beralih bulan, kau pasti akan keliru bintang di buruj mana yg kau inginkan tempohari, kerana kedudukan bintang selalu berubah-ubah kedudukannya...

Kau akan letih dek mengejar si dia yang kau sendiri tak pasti di mana...sedangkan bulan hanya SATU, dan tetap setia di situ...

Syukurlah, kamu amat bertuah memiliki sang bulan sedangkan yang lain hanya mampu merinduinya...hargailah anugerahmu itu dan berhentilah membuat perbandingan...berhentilah membuat pemilihan.. (perghh...berjaya berpuitis gak akhirnya! Hoyeahhhh)

Kapten Luffy said...

Waduh... apa-apa2 jer lah...

Bulan ker, bintang ker, lautan ker... yang penting ini dah gila meroyan... cepat2 buat keputusan. Tamat

Kapten Luffy said...

Waduh... apa-apa2 jer lah...

Bulan ker, bintang ker, lautan ker... yang penting ini dah gila meroyan... cepat2 buat keputusan. Tamat

Snowflake said...

Assallamualaikum
Gw ikutin fikirin sama sepertimonkey d luffy.. kalau betul puitis loe ini, gw sarankan elok loe kerjain solat hajat atau solat istikaharah, pasti loe ketemu jalan yang rumit ini.
Rico, loe buka puasa "cool" aja ok.
Wassallam

Wardrobe kita said...

Kali ketiga aku baca baru lah aku bleh faham..ermm..mungkin otak aku di dawaikan mengikut grid yg paling simple..

Mogen Ali Rico said...

Good Moneng!!!!!!!!
Makkiahh ramainya dah kene penyakit sinestesia..hehehe..bagus2..mari sama2 bersinestesia secara berjemaah..

Qaseh..
aikkk..dalam diam promote MLM nampakkk!! nak cari downline kerr..hihihihi

Hanis..
Ko antara org yang paling kuat berpenyakit sinestesia..hihihihi..best2..ade member dok dlam wad nanti.lalala

Uji rashid..
lalalallala..die dah start sakit dahh..lalalala..jom pakat2 jangkitkan pada si sparky lak..

Wak jono..
Tuan adalah inspirasi..pemangkin tuturnya kata di papan kekunci..mengungkap indah sesuatu kisah..namun dihijab dgn bersebab..

Galuh..
Hoyeeee...sorang lagi ahli sinestesia..yeayyyyyy..arjuna arjuni ku beri name..sedara sedari ..cikebomm cikebomm

budak getah,
heppp..ni bukan tahap gila meroyan..baru takat gila-gila remaja..(ni yang teringin bawak moto scrambler mcm faizal husin niehh)

Snow,
Yeah..doakan yang baek2 aja dong..kalu diajak gwe berbuka pasti gwe bertambah "cool"..

Qaseh lagi sekali..
Yeayy..aku rasa mata ke 3 ko dah terbukak..dedawai otak ko dah makin berselirat..( ada jumper mamat MLM yang hensem ker)..nananannaan

Anonymous said...

jgn gaduh2...
sweet 38...

Mogen Ali Rico said...

menyamar lagik!!!!!!!!!!!!!
aper sweet2 38..baru nak masuk 8 tahun laaa..huwaaa

saya suka makan pizza 8 kotak..seronoknyer kalo dapat makan..yeayy..lg best nyer kalo dpat hadiah pizza..huh..syahdu2..

Anonymous said...

eh2..terasa la puler en mogen ni..
statement sy "sweet 38" tu tak refer pd sesiape pon...
lalala

Mogen Ali Rico said...

sushi ade nie..nak yang baby octopus ker..Tobikko? Ikura? maguro pon ade nie..Tamogo ngan Anago baru jer abishh..nanti leh try ika dan uni..nananana

Anonymous said...

sushi??
oh no..
can i hv it too??
thank u...
so sweet of u nak banje....tq2
sweet 38..
:p

Mogen Ali Rico said...

heppp...pizza maneeee!!!!!